ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak pakai tali pinggang keledar – Video muzik BLACKPINK “Kill This Love” diharamkan di saluran KBS?

Berita Global

Views

Berita ini sudah pasti membuatkan pemuja dan peminat tegar kumpulan K-Pop, BLACKPINK meroyan di media sosial. Menurut laman sesawang Allkpop, video muzik lagu baharu mereka “Kill This Love” telah diharamkan oleh saluran Korean Broadcasting System (KBS) kerana melanggar undang-undang jalan raya di negara tersebut.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Video muzik yang sedang sohor kini di laman YouTube dan mencatatkan tontonan lebih 251 juta ini memaparkan satu adegan salah seorang anggota kumpulan tersebut, Rose memandu tanpa memakai tali pinggang keledar.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Selain itu KBS turut mengharamkan beberapa lagi video muzik artis dari Korea, iaitu Park Bom “4:44”, Kim Dong Han “Focus”, dan Cho Jung Min “Ready Q”. Kesemua video muzik ini perlu disunting kembali dan dihantar semula untuk semakan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak KBS tidak akan menyiarkannya di saluran tersebut. Kami puji tindakan dari KBS ini kerana ia mungkin boleh mempengaruhi peminat mereka di serata dunia untuk melanggar undang-undang.

Syabas KBS!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply