ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Motorrad Malaysia lancar empat model motosikal premium baharu

Berita Tempatan

Views

Pagi tadi BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan empat model motosikal dari segmen kembara, jelajah dan skuter urban premium baharu. Ia terdiri daripada skuter urban BMW C 400 X dan BMW C 400 GT, jentera ‘enduro’ serba boleh, BMW F 750 GS dan jentera jelajah dinamik, BMW R 1250 RT.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pelancaran barisan motosikal premium baharu daripada BMW Motorrad ini telah memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam segmen motosikal premium di peringkat global dan juga Malaysia.

Owen Riley, Ketua Unit BMW Motorrad Malaysia pula berkata, dengan pengenalan empat model baharu tersebut, perluasan portfolio mereka tidak mengecualikan sesiapa pun kerana ia melengkapi keperluan gaya hidup individu yang mendahagakan pengembaraan dan kemodenan.

BMW C 400 X dan BMW C 400 GT 

BMW C 400 X terbaharu merupakan sebuah skuter bersaiz sederhana dengan reka bentuk yang bercirikan keringanan dan mudah alih. Komponen kemasan berbentuk V memberikannya keterampilan serba dinamik apabila dilihat dari arah hadapan.

BMW C 400 GT baharu pula merupakan varian Gran Turismo bagi BMW C 400 X. Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin 350 cc silinder tunggal yang digabungkan dengan transmisi CVT, pengasingan getaran dan Kawalan Stabiliti Automatik sebagai ciri standard.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Enjin ini mampu menjana output sebanyak 34 kuasa kuda pada 7,500 rpm dan daya kilas puncak berjumlah 35 Nm pada 6,000 rpm. Dari segi keselamatan ia dilengkapi dengan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BMW C 400 GT ditawarkan menerusi tiga warna, Alpine White, Moonwalk Grey dan Black Storm (metalik), manakala BMW C 400 X boleh didapati menerusi tiga warna, Zenith Blue, Black Storm dan Alpine White (bukan metalik).

BMW R 1250 RT

BMW R 1250 RT dijana oleh enjin ‘boxer’ canggih yang mampu menjana 136 kuasa kuda dan daya kilas 143 Nm kerana kapasiti enjinnya telah meningkat dari 1,170 cc ke 1,254 cc. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Pro dan Kawalan Mendaki (HSC).

Ia turut dilengkapi dengan Mod Tunggangan Pro yang merangkumi mod Dinamik, Kawalan Cengkaman Dinamik, Kawalan Mendaki Pro (HSC Pro) dan Bantuan Brek Dinamik dan Penyesuaian Suspensi Elektronik Dinamik terbaharu. R 1250 RT ditawarkan dalam tiga pilihan warna – Mars Red, Carbon Black dan Alpine White.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

BMW F 750 GS

BMW F 750 GS dijana oleh enjin dua silinder sebaris berkuasa tinggi bersesaran 853 cc dengan output kuasa setinggi 77 kuasa kuda pada 7,500 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan dengan pacuan sekunder yang kini terletak di sebelah kiri. BMW F 750 GS turut dilengkapi dengan dua pilihan mod tunggangan – Jalan Raya (Road) dan Hujan (Rain).

Dari segi keselamatan ia dilengkapi dengan ciri Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) atau Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) dan Sistem Pembrekan Automatik (ABS). Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Austin Yellow Metallic, Style Exclusive Stereo Metallic Matt dan Light White.

Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW C 400 X  bermula dari RM 550.00 sebulan, BMW C 400 GT dari RM 600.00 sebulan, BMW F 750 GS dari RM 870.00 sebulan dan BMW R 1250 RT dari RM 1,700.00 sebulan. Jumlah ini berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh 4 tahun.

Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans, termasuk waranti 3 tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan selama 3 tahun oleh BMW Motorrad Malaysia)untuk model-model baharu ini ialah:

  • BMW C 400 X – RM 44,500.00
  • BMW C 400 GT – RM 48,500.00
  • BMW F 750 GS – RM 71,500.00
  • BMW R 1250 RT – RM 139,500.00

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply