ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak puas hati sebab kereta bergesel, polis cari 2 suspek

Tular

Views

Polis sedang mengesan dua suspek lelaki dan perempuan yang terbabit dalam kejadian khianat berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, di Iskandar Puteri, pagi semalam.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kenderaan dipandu mangsa bergesel dengan kereta dipandu dua suspek berkenaan.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan bergesel dengan sebuah kereta jenis KIA Cerato S yang dinaiki dua suspek dari arah kanan.

Suspek lelaki dan perempuan memberhentikan kenderaan dan turun. Suspek lelaki kemudiannya menjerit dan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa, manakala suspek perempuan bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan membalingnya arah cermin hadapan.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura. Rahmat berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun terdapat kerosakan pada keretanya.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Terdapat rakaman kamera pemuka (dashcam) dalam kereta mangsa selain video tular dirakam pengguna jalan raya lain.

Tambah beliau, pengguna jalan raya dinasihati supaya memandu secara berhemah dan tidak terburu-buru terutama di laluan CIQ Link Kedua (Second Link) terutama ketika musim perayaan yang merekodkan jumlah kenderaan yang banyak.

Kes di siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply