ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar lori ‘pembunuh’ ditemui di pusat pelupusan sampah – Polis

Berita Tempatan

Views

Polis Melaka sudah menjumpai tayar lori tercabut yang didakwa menjadi punca mengorbankan 7 nyawa manakala 33 lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara di Melaka, 23 Disember lalu.

Bagaimanapun, hanya rim bersaiz 22.5 inci seberat kira-kira 100 kilogram (kg) ditemukan tanpa tayar lori jenis Foton yang dipercayai sudah musnah dalam nahas melibatkan lima kenderaan itu.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, komponen rim besi milik lori Jenis Foton bernombor plat Johor itu dikenal pasti Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Alor Gajah di Pusat Pelupusan Sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor, petang semalam.

“Ia dijumpai selepas kita mendapatkan maklumat daripada Pegawai Operasi Pegawai Operasi Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Pejabat PLUS Tangkak.

“Pihak sub kontraktor PROPEL kemudian telah menyerahkan rim tayar lori itu kepada pihak polis dan satu report rampasan telah dibuat sebelum rim dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Semalam, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memohon bantuan dan kerjasama orang ramai yang mempunyai rakaman dashcam atau maklumat tentang keberadaan tayar lori untuk tampil menyerahkannya kepada pihak polis.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, bahan bukti itu amat penting untuk membantu siasatan agar keluarga mangsa dan orang ramai mendapat kepastian dan titik noktah berhubung tragedi menyayat hati itu.

Menurutnya, tayar tersebut dikatakan tercabut disebabkan kerosakan pada gandar kecil dan berada di tengah jalan semasa kejadian, seperti yang disahkan oleh pemandu lori yang terlibat dan saksi-saksi kejadian. – MalaysiaGazette

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply