ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar meletup punca bas bawa pelajar kolej matrikulasi terbakar

Berita Tempatan

Views

Sebuah bas membawa 44 pelajar kolej matrikulasi terbakar di Kilometer 35 Jalan Raya Timur Barat dekat Hentian Titiwangsa di Gerik, petang tadi.

Menurut Sinar Harian, kejadian sekitar jam 2 petang itu dipercayai berlaku apabila satu tayar belakang bas berkenaan meletup dan mengakibatkan kebakaran.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Ketika kejadian, semua pelajar Kolej Matrikulasi Kedah itu dalam perjalanan balik dari Kelantan ke Changlun bersama dua lagi bas ekspres lain secara konvoi.

Difahamkan, kebakaran itu berlaku daripada percikan api yang terhasil daripada tayar bas yang meletup sewaktu dalam perjalanan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurutnya, pemandu dan penumpang terlibat berjaya menyelamatkan diri dengan segera keluar dari kenderaan terbabit sejurus menyedari kebakaran berlaku.

Beliau berkata, kerja-kerja ‘overhaul‘ turut dijalankan di tempat kejadian bagi memastikan tiada lagi unsur yang boleh mengakibatkan kebakaran berulang.

Kata beliau, operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.48 petang. Sinar Harian dimaklumkan, penumpang yang terbabit akan meneruskan perjalanan ke Kedah menaiki sebuah bas bantuan yang dihantar pihak syarikat bas terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply