ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ingatkan guruh, rupanya serpihan komponen enjin Boeing 747 gugur atas bumbung garaj

Berita Global

Views

Sepasang suami isteri warga emas di Belgium nyaris terbunuh apabila komponen enjin pesawat jumbo jet yang meletup, jatuh dan menghempap bumbung rumah mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Louis dan Domenica Demaret mendengar bunyi pesawat terbang lebih rendah daripada biasa semasa berada di rumah mereka dekat bandar Liege pada Khamis lalu. Mereka kemudian mendengar bunyi letupan kuat, namun Louis menyangka ia adalah bunyi petir.

Kata Domenica kepada saluran berita Belgium RTBF, pada satu ketika dia mendengar bunyi pesawat dan diikuti bunyi letupan. Dia keluar untuk melihat apa yang berlaku dari pintu hadapan dan alat penggera mula berbunyi kerana rumah masih bergegar.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Domenica tidak melihat apa-apa ketika meninjau di luar lalu masuk semula ke dalam rumah. Bagaimanapun, cucu lelakinya terus tidur ketika insiden bunyi bising itu walaupun katilnya berada di tingkat atas.

Wanita itu kembali ke katil tetapi tidak dapat tidur pada malam itu. Keesokan paginya, salah seorang jiran menghampiri mereka dan bertanya: “Adakah kamu melihat serpihan di taman kamu?”

Ketika itu mereka menyedari sebahagian daripada enjin pesawat jumbo jet telah menghempap bumbung rumah mereka. Hanya sedikit kerosakan ditemui pada jubin dan rangka garaj rumah itu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pesawat Boeing 747 milik Air Atlanta itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Liege menuju ke Malta apabila bahagian hud enjinnya tercabut. Pesawat itu bagaimanapun berjaya meneruskan penerbangannya ke Malta di mana kerosakan tersebut sedang dibaiki.

Jurucakap lapangan terbang, Christian Delcourt mengesahkan bahawa enjin itu rosak sejurus selepas berlepas sekitar tengah malam kelmarin.

Pasangan itu kemudian menghubungi polis tempatan yang mendapatkan bantuan pasukan bomba dan Lapangan Terbang Liege untuk mengeluarkan sisa serpihan. Siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui bagaimana enjin pesawat itu boleh tercabut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hervé Rigot

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply