ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Honda Civic generasi ke-11 kini dibuka, varian RS turut ditawarkan

Berita Tempatan

Views

Berita baik buat para peminat Civic di Malaysia! Yang dinanti bakal tiba, Honda Malaysia hari ini secara rasminya membuka tempahan untuk model generasi ke-11 yang dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada suku pertama (Q1) 2022.

Dimomokkan sebagai model Civic “yang paling seronok dipandu pernah dihasilkan”, Civic generasi baharu menampilkan ciri-ciri termaju, legasi penggayaan, pengendalian dan prestasi yang terbaik dalam kelasnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, sejak diperkenalkan pada 2001, pihaknya telah menjual hampir 148,000 unit Civic dan ia semakin mendapat tempat di hati para peminatnya

Tambah beliau, generasi ke-10 yang diperkenalkan pada 2016 telah berjaya menyumbangkan lebih dari 66,600 unit dari jualan keseluruhan Civic, seterusnya menerajui segmen-C dengan pegangan pasaran sebanyak 71 peratus setakat Oktober 2021.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Berukuran 4,678mm panjang, 1,802mm lebar, 1,415mm tinggi dan jarak antara gandar 2,735mm, Civic generasi baharu ini lebih besar dan lebar. Ia juga merupakan model Civic pertama  yang dihasilkan dari teknik pembuatan termaju Honda dan pendekatan reka bentuk dengan teknologi Laser Brazing.

Generasi ke-11 Civic ini turut ditawarkan dalam varian RS yang buat julung kalinya diperkenalkan. Bagi varian RS, ia dilengkapi dengan cermin sisi dicat hitam, antena “sirip jerung”, pemegang pintu luar, spoiler pada but belakang dan rim aloi 18-inci kemasan hitam kusam.

Model ini menampilkan lampu depan LED bersama lampu siang (DRL) dengan rekaan baharu, manakala DNA reka bentuknya ditonjolkan pada lampu belakang LED baharu yang merupakan identiti keluarga Honda.

Di samping penggayaan yang sporty, ia turut mengekalkan prestasi dinamik dan penjimatan bahan bakar. Civic dijana oleh enjin 1.5L VTEC turbocas yang dipertingkatkan dan mampu menjana output maksima 182PS serta 240Nm daya kilas, lebih berkuasa daripada prestasi enjin 2.4L.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Ia kini ditawarkan dengan pilihan mod pemanduan, ECON, Normal dan Sport yang boleh dikawal dengan Susi Mod Pemanduan. Civic RS turut dilengkapi dengan teknologi Honda SENSING dipertingkatkan yang turut merangkumi Amaran Pergerakan Kenderaan Di Hadapan.

Antara ciri-ciri lain Honda SENSING pada Civic RS:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Ikut Halaju-Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Hindar Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Hindar Terbabas (RDM)
  • Amaran Berlepas Laluan (LDW)
  • Suluhan Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, Civic RS turut didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti Honda LaneWatch, enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Pengendalian Tangkas (AHA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Penahan Brek Automatik (ABH), Bantuan Mula Mendaki (HSA), sistem kunci automatik, bantuan penghidup enjin kawalan jauh, serta sistem Pemantau Perhatian Pemandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply