ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda perkenal Civic Si 2022 – 200 kuasa kuda, transmisi 6-kelajuan manual

Berita Global

Views

Honda secara rasminya telah melancarkan Civic Si 2022 yang dikuasakan oleh enjin 1.5-liter yang dipertingkatkan dan ia didatangkan secara eksklusif dengan transmisi enam-kelajuan manual.

Meskipun kombinasi enjin ini hanya mampu menghasilkan 200 kuasa kuda, kurang 5 kuasa kuda berbanding model sebelumnya, namun ia memberikan penghantaran kuasa yang lebih baik.

Daya kilas kemuncaknya tiba lebih awal berbanding model terdahulu, iaitu pada 300 rpm sekali gus membolehkannya meluncur dengan lebih baik.

Enjin ini juga dikatakan mampu mengekalkan lebih kuasa antara garismerah (redline) 6,000 rpm dan 6,500 rpm berbanding dengan model sebelumnya.

Flywheelnya juga lebih ringan 26 peratus dan bunyinya lebih baik dengan adanya sistem ekzos peredam dwi gegelung yang meningkatkan meningkatkan aliran gas sebanyak 27 peratus (berbanding dengan Civic Touring).

Transmisi enam-kelajuan manualnya pula didatangkan dengan sistem padanan-rev Type R, yang bertindak balas dalam 430 m/s dalam mod sport.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Civic Si 2022 telah mendapat manfaat dari badan baharunya yang 8 peratus lebih ketegaran kilasan dan 13 peratus lebih ketegaran lenturan berbanding model terdahulu.

Treknya belakangnya pula lebih lebar setengah inci (12.7mm) untuk lebih kestabilan dan jarak rodanya lebih panjang 1.4-inci (35.5 mm) untuk pemanduan yang lebih lancar.

Suspensinya juga telah dioptimakan dengan gegelung depan yang lapan peratus lebih keras dan gegelung belakang 54 peratus lebih keras jika dibandingkan dengan Civic 2022 standard.

Untuk mempertingkatkan kestabilan, sesendal (bushing) depannya dipinjamkan dari model Civic Type R yang 79 peratus lebih keras berbanding Civic EX sedan.

Model ini juga dilengkapi dengan brek yang lebih besar, dengan rotor 12.3-inci di depan, manakala rotor 11.1-inci di belakang. Ia turut didatangkan secara standard dengan tayar berprestasi 235/40R18, dengan pilihan tayar musim panas.

Dari segi penampilan, versi Si menerima bampar depan yang lebih aggresif, manakala bampar belakang telah diubahsuai bagi membolehkannya menerima sepasang muncung ekzos.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Spoiler depannya pula tersorok di bawah kenderaan dan spoiler belakang dengan kemasan hitam berkilat dipasang pada boot belakang bagi mempertingkatkan kestabilan pada halaju tinggi.

Civic Si turut dilengkapi dengan lampu depan dan belakang jenis LED serta rim aloi 18-inci rekaan 10 jejari dengan kemasan hitam-kusam, manakala warna badan Blazing Orange merupakan warna ekslusif untuk versi ini.

Di dalam kabin, ia dipasang dengan tempat duduk sport eksklusif Si dengan penahan kepala terbina dalam dan sokongan bahu dan peha yang lebih menonjol. Kusyen bahagian bawah telah ditinggikan 0.5-inci di bahagian depan bagi memberikan sokongan lebih baik.

Civic Si juga menerima injak sport dan kemasan bebenang merah pada panel pintu, stereng, perehat tangan, sarung tiang gear dan juga tombol gear.

Paparan instrumen tujuh-inci dengan meter digital dan unit infohibur dengan skrin 9-inci dan sistem audio premium Bose dengan 12-pembesar suara melengkapi ruang kabin.

Harga untuk Civic Si 2022 masih belum didedahkan, namun pengeluar dari Jepun itu merancang untuk membawanya tiba ke pusat pengedar sebelum akhir tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply