ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kumpul 200 mata ganjaran BonusLink dan dapatkan baucar RM5 Shell

Berita Tempatan

Views

Memandangkan rakyat Malaysia telah mula merentas negeri, Shell Malaysia menawarkan baucar RM5 Shell bagi setiap 200 mata ganjaran standard BonusLink yang dikumpul pada bulan November dan Disember 2021 (sekali sahaja) menerusi kempen ‘Every Little Point Counts’.

Kempen yang berakir 31 Disember itu membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran lebih cepat. Ini termasuklah mengisi minyak, pembelian snek atau kuih-muih, menikmati hidangan sedia untuk dimakan bersama secawan Costa Coffee yang panas dan semua yang mereka perlukan untuk percutian hujung minggu yang sempurna.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu meleret kad BonusLink mereka atau menggunakan aplikasi BLINK dengan sebarang pembelian di stesen Shell dan mula mengumpul Mata BonusLink.

Dapatkan mata BonusLink dengan setiap transaksi:

  • Shell FuelSave 95, Diesel, Diesel Euro 5, dan Shell V-Power 97
    1L = 1 Mata
  • Shell V-Power Racing
    1L = 1.25 Mata
  • Pelincir Shell
    RM1 = 1 Mata
  • Barangan di Kedai Shell SELECT
    RM1 = 1 Mata

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Setelah pelanggan memperoleh 200 mata BonusLink standard terkumpul, baucar RM5 akan dihantar kepada mereka melalui aplikasi BLINK atau e-mel yang berdaftar dengan BonusLink dan baucar boleh terus digunakan di stesen Shell di seluruh negara.

Dengan Mata BonusLink dan e-baucar yang dikumpul, pelanggan kemudiannya boleh menebus hadiah istimewa di kedai dengan harga serendah 100 Mata BonusLink. Ini termasuklah sosej Firecracker Deli2go, kek gulung kecil Vanilla Sultana atau Keropok Ikan Shell Select.

Jom singgah ke stesen Shell berhampiran untuk mengumpul Mata BonusLink! Untuk maklumat lanjut, layari https://www.shell.com.my/motorists/loyalty-and-payment/ganjaran-baucar-Shell.html.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply