ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan untuk GWM TANK 300 kini dibuka, anggaran harga RM 250,000

Berita Tempatan

Views

Model yang paling dinanti-nantikan daripada Great Wall Motor, GWM TANK 300 kini dibuka untuk tempahan. Anggaran harga bagi ‘Jaguh SUV off-road‘ dari China ini di pasaran Malaysia adalah RM 250,000.

GWM TANK 300 dan sebuah lagi model baharu, GWM HAVAL H6 HEV kini sedang dipamerkan untuk tatapan umum bersempena acara Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang.

SUV off-road ini menampilkan reka bentuk yang gagah dan menawarkan ruang dalaman yang selesa dengan bahagian tempat duduknya dibaluti fabrik kulit mewah Nappa.

Tempat duduk pemandunya pula boleh dilaraskan melalui 8-cara dan ia turut dilengkapi dengan 9 unit pembesar suara dari jenama Infinity. Ia turut dipasang dengan dua lapisan kaca akustik kalis bunyi.

Ianya turut dilengkapi paparan inforia berwarna penuh bersaiz 12.3-inci, dengan ciri anti-silau dan anti pantulan, serta menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

GWM TANK 300 dikuasakan oleh enjin petrol 4-silinder Turbo 2.0L yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF (8AT), yang menghamburkan 220 PS dan 380 Nm daya kilas.

Ciri-ciri seperti sistem kawalan ‘all-terrain‘ dengan 9 mod pemanduan, mod ‘crawl control‘, dan ‘tank turn‘ membolehkan pemandu mengendalikan kenderaan di kawasan yang sukar.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, SUV ini menggunakan penggerak empat roda elektronik separuh masa dengan dwi-kelajuan (4WD), yang membolehkan pertukaran antara mod penggerak dua roda (2WD) dan empat roda (4WD).

Dari segi struktur badan, ia mempunyai kekuatan badan kenderaan optimal dengan ketahanan ultra tinggi sehingga 1500 MPa.

SUV ini juga mampu mendaki cerun bersudut 23.1° dan kemampuan maksimum mendaki sebanyak 70 peratus. GWM TANK 300 turut mampu meredah air dengan kedalaman maksimum sehingga 700 mm.

Aspek keselamatan turut dititik-beratkan. Model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan yang terperinci, antaranya:

  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • Monitor pandangan 360 darjah dengan fungsi casis lutsinar (transparent chassis)
  • Automatic Collision Unlocking
  • Automatic Collision Fuel Cutoff

Maka tidak hairanlah, SUV ini diberikan penarafan keselamatan 5-bintang dari ANCAP. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu Tahap 2 (L2) yang terdiri daripada:

  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Lebuh Raya (HWA)

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia Mike Cui Anqi, ciri keselamatan merupakan antara elemen utama dalam reka bentuk setiap produk GWM.

Tambah beliau, pihaknya juga sentiasa komited dalam memastikan pengendalian dan pengalaman pemanduan yang sentiasa lancar dalam keadaan yang selesa, meskipun untuk sebuah SUV off-road.

300 pelanggan pertama GWM TANK 300 akan menerima pakej istimewa daripada GWM, termasuk pakej servis percuma selama 5 Tahun/100,000 km yang merangkumi caj alat ganti dan buruh, yang mana terdahulu.

Selain itu, jaminan rangkaian kuasa (powertrain) seumur hidup dengan jarak tanpa had ditawarkan khas kepada pemilik pertama model ini. Tambahan lagi, hadiah misteri turut menanti para pemilik yang hanya akan diumumkan semasa pelancaran rasmi akan datang.

GWM TANK 300 adalah model siap bina (CBU), yang dijadualkan bakal tiba di Malaysia pada Julai 2024. Sebuah lagi model, GWM HAVAL H6 HEV juga dibuka untuk tempahan dan dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2024.

SUV pintar bersaiz sederhana ini direka khas bagi menawarkan keselamatan optimal dengan harga mampu milik, serta didatangkan dengan teknologi hibrid terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply