ARKIB

KATEGORI

Buletin

Turkiye kenakan 40 peratus duti ke atas tarif import kenderaan dari China

Berita Global

Views

Bimbang dengan defisit perdagangan yang semakin teruk dan potensi bahaya kepada industri tempatan daripada kereta China kos rendah, Turkiye bakal mengenakan 40 peratus duti ke atas tarif import kenderaan dari negara ‘Tembok Besar’ itu.

Langkah berkenaan hampir sama seperti yang dilakukan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menaikkan duti import ke atas kenderaan elektrik (EV) China daripada 25 peratus kepada 100 peratus.

Kementerian perdagangan Turkiye berkata, langkah itu dibuat bagi membantu melindungi imbangan pembayaran negara, serta berfungsi sebagai perlindungan untuk industri tempatan. Defisit perdagangan negara berkenaan tahun lalu berjumlah $45.2 bilion.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Duti baharu itu menyasarkan ‘kereta kos paling rendah‘ yang ditawarkan oleh China dengan mengenakan tarif minimum $7,000 bagi setiap kenderaan.

Sebagai contoh, sekiranya duti 40 peratus yang dikira adalah kurang daripada nilai $7,000, duti minimum $7,000 akan dikenakan.

Tarif tambahan telah pun dilaksanakan untuk kereta elektrik sejak 2023, direka untuk menyokong pengenalan kereta elektrik buatan domestik pertama negara berkenaan, iaitu TOGG T10X yang dilancarkan pada akhir tahun 2023.

Jaringan itu kini telah diperluaskan dengan memasukkan kenderaan hibrid dan pembakaran dalaman (ICE) dari China.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ini merupakan tamparan baharu bagi China, yang telah dikenakan tarif dari beberapa negara yang bimbang lebihan bekalan produk China yang diberikan potongan harga berpunca daripada kapasiti dan subsidi tempatan yang berlebihan, sehingga menjejaskan persaingan.

Susulan itu, Kesatuan Eropah (EU) juga bersedia untuk mengenakan sekatan serupa yang dikenakan ke atas EV China minggu ini.

Walau bagaimanapun, EU perlu lebih ‘berhati-hati’ kerana pengeluar kereta Eropah bukan sahaja bimbang akan tindak balas dari China kerana ‘pergantungan’ mereka pada jualan, bahkan pengeluaran dan import model mereka sendiri di negara itu.

Turkiye akan mula menguatkuasakan duti itu pada 7 Julai, seperti yang telah diumumkan oleh presiden dalam warta rasmi negara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply