ARKIB

KATEGORI

Buletin

WTCA lancar GAC AION Y Plus di Malaysia Autoshow 2024 – Dua varian, harga dari RM119,800

Berita Tempatan

Views

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd, pengedar tunggal kenderaan elektrik (EV) jenama GAC AION sejak Januari tahun ini secara rasminya melancarkan model crossover elektrik penuh GAC AION Y Plus 2024 di Malaysia.

Dua varian ditawarkan, iaitu Elite dan juga Premium dengan harga jualan masing-masing RM119,800 dan RM135,800. Model ini telah diperkenalkan sempena Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Untuk pasaran Malaysia, tujuh pilihan warna luaran ditawarkan dengan lima pilihan rona dalaman. Secara keseluruhan, terdapat 35 kombinasi warna boleh dipilih oleh para pelanggan.

Khusus untuk GAC AION Y Plus menawarkan waranti menyeluruh dan pakej selepas-jualan yang merangkumi:

  • Waranti asas kenderaan selama 8 tahun/160,000 km
  • Waranti bateri EV, Motor Pemacu dan Kawalan Elektrik selama 8 Tahun/200,000 km

Sempena pelancaran rasminya di Malaysia Autoshow 2024, WTCA turut merangka tawaran awal eksklusif yang menarik untuk 200 tempahan pertama GAC AION Y Plus. Pengguna awal ini akan diberi ganjaran:

  • Pengecas ‘Home Wallbox‘ 7kW (bernilai RM3,500) Percuma
  • RM1,000 Kredit Pengecasan JomCharge Percuma

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, sementara stok masih ada, pengguna awal juga boleh memilih daripada dua pakej aksesori yang dipilih khas untuk pembelian GAC AION Y Plus mereka. Antaranya ialah:

  • Set Gaya Hidup Pengembaraan Luar
  • Set lengkap set perkhemahan berjenama GAC AION dan Kabel V2L (untuk penggunaan varian Premium sahaja). Ini berfungsi sebagai pek permulaan untuk pelanggan dengan gaya hidup aktif untuk menikmati pengalaman luar yang dipertingkatkan dengan EV.

WTCA akan memulakan penghantaran varian Elite pada Jun 2024, manakala varian Premium pula akan bermula dari Julai 2024 dan seterusnya.

GAC AION Y Plus menampilkan rekaan luaran yang trendy, antaranya lampu hadapan ‘Sayap Malaikat’ LED, lampu belakang lutsinar LED, pemegang pintu tersembunyi berkuasa, bumbung suria panoramik, serta rim aloi 17-inci (Elite) dan 18-inci (Premium).

Model ini dibina bersaskan platform EV khusus AEP 2.0 yang menempatkan pek bateri Magazine 2.0 inovatif berkuasa 63.2 kWj. Bateri jenis litium besi fosfat (LFP) ini mampu memberikan jarak pandu sehingga 490 km dengan setiap cas penuh.

Bagi pengecasan, ia menerima kedua-dua input 6.6 KW AC (Type 2) dan sehingga 80 kW DC pengecasan pantas (CCS2). Kedua-dua varian dipacu oleh motor elektrik pada gandar hadapan yang memberikan output sebanyak 204 PS dan 225 Nm daya kilas.

Ini membolehkan GAC AION Y Plus memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat. Ruang kabinnya dilengkapi dengan tempat duduk pemandu kuasa dengan 6-cara pelarasan, instrumen digital 10.25-inci, kemasukan tanpa kunci, kawalan suhu automatik dengan penapis udara PM2.5 terbina dalam pada bolong udara belakang, unit inforia 14.6-inci dengan sokongan Apple CarPlay.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Varian Premium ditambah dengan ciri-ciri seperti pengudaraan tempat duduk pemandu, tempat duduk penumpang hadapan boleh laras kuasa, pad pengecas telefon pintar nirwayar, serta suite pencahayaan Ambien 32 warna dengan mod muzik.

Untuk praktikaliti, tempat duduk belakang boleh dilipat secara terpisah membolehkan pengembangan ruang but daripada 405 liter sehingga maksimum 1,200 liter, dan varian Premium ditambah dengan pintu belakang berkuasa bebas tangan.

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian GAC AION Y Plus dilengkapi dengan enam beg udara, sistem brek anti kunci (ABS), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Kawalan Gelongsor (HHC), Monitor Pandangan 360 darjah dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Varian Premium pula dilengkapi dengan ciri Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang membolehkan pemanduan separa autonomi Tahap 2. Ia merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Henti & Mula dan Bantuan Jelajah Pintar
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW) dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)

WTCA dan GAC AION kini sedang mempersiapkan rangkaian 21 bilik pameran dan pusat servis baharu di seluruh negara, dan lebih banyak lagi akan mula beroperasi dalam tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply