ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada model baharu Proton tahun depan

Views

Setelah bertungkus-lumus untuk memperkenal empat model serba baharu tahun ini, berkemungkinan besar Proton tidak akan memperkenalkan model baharu pada tahun hadapan. Namun begitu, Proton dijangka bakal memperkenalkan beberapa model sedia ada yang dinaik taraf atau facelift dengan penambahbaikan dan penampilan yang lebih segar. Kami menjangkakan model yang bakal dinaik taraf termasuklah Exora, Preve/Suprima S dan juga Iriz.

Dalam sesi soal jawab bersama media sempena Media Drive Proton Persona ke Kuantan sebentar tadi, Proton mengumumkan tempahan bagi model baharu Persona kini mencecah 8 ribu unit dan hampir 1,500 unit telah pun diserahkan kepada pemiliknya. Varian Premium mencatakan tempahan tertinggi dengan transmisi CVT menjadi pilihan utama dan hanya 10 peratus unit dengan transmisi manual yang ditempah setakat ini. Proton bakal melancarkan dua lagi model baharu, model sedan segmen A, Saga pada penghujung bulan ini dan MPV segmeb B hasil usahasama dengan Suzuki, Ertiga pada bulan Oktober nanti.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

37 Comments


  • Preve/Suprima S memerlukan Major facelift, Seperti 6 kelajuan MT standard varian, Turbo untuk semua varian(hanya varian premium Preve semasa) dll.. Manakala Exora facelift perlu lebih premium bagi membezakannya dengan Mini-MPV Ertiga.. Iriz facelift pula penambahbaikan atau peningkatan kualiti..

    Syabas Persona kerana jualannya melepasi sasaran 3k setiap bulan atau purata 3k sebulan.. Tempahan yang tinggi bulan pertama adalah disebabkan tawaran promosi yang sangat menarik iaitu servis percuma, alat ganti percuma, khidmat nasihat percuma, selama tiga tahun..


    • 8000 tu baru tempahan semasa baru pelancaran. Belum melebihi sasaran 3000 unit lagi sebabnya akan ambil 3 bulan baru tempahan normalize. Sama macam hilux dulu tempahan masa lancar berbelas ribu, Tapi bulan2 miss target tak sampai 3000 unit pun sebulan. 8000 tu pun termasuk tempahan yang pelanggan tangguh berbulan2 tunggu persona neo keluar.


    • Saya cadangkan Persona bodikit diberi pilihan juga kepada pembeli varian standard dan executive berbanding Premium sahaja.. Semasa uji pandu Persona 2016 kebanyakan mereka yang menempah varian standard dan executive sanggup membayar lebih 1k untuk bodykit Persona..

      Dijangkakan tempahan Persona kekal melebihi 3k unit setiap bulan sehingga 2020 jika bodykit Persona diberi sebagai pilihan kepada pembeli varian standard dan executive selain mengambil kira promosi-promosi lain dari semasa ke semasa..

      Selain itu kemungkinan besar Penggemar/peminat Saga sebahagian besar akan beralih kepada Persona yang mendapat 5-bintang NCAP untuk semua variannya.. Mereka yang kekal memilih Saga 2016 kerana mudah lulus pinjaman bank selain harganya mampu milik, kos penyelenggaraan yang rendah, kos modifikasi juga rendah, FC juga rendah dan pelbagai lagi selain diakui sebagai kereta marhean..


  • dikhabarkan Exora adalah model pertama Proton yg bakal dipadankan dgn engine GDi/TGDi di penghujung 2017.. Jadi facelift Preve kita boleh jangkan, ianya hanya akan berlaku pd tahun 2018, dan bakal dipadankan dgn enjin TGDi


  • Mmm… model persona premium kalau dilihat trend pembeli mmg sgt value for money pada segment n harganya berbanding dgn pesaing pada segment yg sama spt vios n honda city:) Benefit gak pada varian persona yg lain yg menawarkan harga kompetatif, spek n safety terbaik (5 star) berbanding segment sedan A yg lain seperti bezza or mitsu attrage. Dgn produk 1.6 sedan B segment persona pada harga 1.3 sedan premium A segment Bezza. X ker berbaloi2?:)

    Model Preve perlu diberikan penampilan baru yg segar dlm siri facelift barunya. x perlu keterlaluan kerana konsep rekabentuk keseluruhan preve dah mantap n looks evergreen dgn gaya eropah tu cuma lagi lampu blakang diberi sentuhan sentimental dgn gaya baru proton family design yg baru. Lampu depan dgn sedikit pen’detail’ an baru. Dpt bayangkn tak bila lampu blakang preve seakan2 lampu blakang perdana baru yg cembung tu?… perrrghhh… melelehh..:)

    Apa2 pun all the best kat team prootn. Perbaiki kekurangan silam demi mencipta kecemerlangan mendatang;)

    Cheers!


    • Orang kita tak tngok semua tu. Merke hanya fikir nak pakai kereta Toyota atau Honda. asal bukan Proton. Beza 10k atau 20k harga tak jadi masalah sebab loan panjang samapi 9 tahun mengakibatkan perbezaan bayaran bulanan sekitar RM150-RM250 sahaja sebulan.


      • Mmm… ada org beli tengok brand, x kurang juga tengok rupa, prestasi semasa dll. Bila kereta tempatan juga dpt memberi nilai tambah yg lebih baik pada harga yg lebih murah dlm senario ekonomi yg rapuh, persepsi juga akan berubah. Indikatornya mudah, dgn saingan baru B segment persona nie masuk pasaran, kita lihat pula kesan jualan pesaing pada segment yg sama seperti vios n city… adakah teori ‘asal bukan prootn’ itu menjadi kenyataan atau tidak?:)

        Cheers!


    • betul.. pd sy, yg mengganggu pandangan mata hanya tail lamp preve.. perlu diperkemaskan lagi..

      TGDi engine + Jatco CVT + retune ECU + more refinement on throttle respond, NVH + front and rear new look.. sy rasa facelift Preve akan jadi model yg berjaya


    • Sebenarnya preve ni bukan setakat facelift saja, malah sisi teknikalnya masih banyak yang perlu diperkemaskan dan ditambah baik. Kalau nak keluarkan preve FL dengan enjin+cvt baru, rasanya tak sempat untuk tahun depan. Mungkin sekadar minor change (MC) saja.

      Harap2 proton tidaklah hilang momentum sekiranya tiada pengenalan model baru atau FL pada tahun depan.


  • Cadangan saya:
    1. Preve perlukan major facelift, new interior, ECU retuning (cvt & cfe), redesign mounting & ganti exhaust ferucia mcm persona. Seat perlu support both thigh & lumbar especially passenger blkg.

    2. Utk Suprima S, model ni baik reengineer utk jadi crossover mcm Subaru XV (asalnya body imprezza hatch). Kekalkan harga sama.

    3. Exora da terlalu tua utk facelift. Model volume kecil ini perlukan input dari Suzuki.

    4. Utk segmen SUV b segmen, suzuki vitara merupakan sumber terbaik utk proton lawan HRV, CX3 & CHR dgn harga 75-85k. Dengar khabar dah ada sample kat R&D.


  • My suggestion:
    Preve/Suprima
    – Add rear aircond,
    – Add front parking sensor
    – HUD with Gear position and Speed,
    – Add 6MT & 6AT from ZF/Jatco, Preve add HAA,
    – Improve Audio head unit, 6 speaker. new seat with better thigh & lumbar support,
    – Suspension replace to 2 stage electronic adjustment “ThyssenKrupp Bilstein DampTronic® select” comfort/sport mode.
    – can indroduce E01 2.0T first as sport model with Jatco 6AT/MT
    – new Preve 1.6T or 1.9 Turbo Euro 5 Diesel engine should introduce. (example JTD 1.9CDTI engine also use by Suzuki SX4), diesel suitable use to replace Taxi, Gov car and public wanted economic long mileage. already more than 100 Petrol Station sell Euro5 Diesel. and preve spaces very suitable as taxi car, if can introduce OEM fit taxi accessories.

    Exora- engine replace with E01-2.0T engine by early next year. CVT or 6AT.
    OEM Suzuki Celerio
    OEM Vitara to enter CUV market. price 75-90k
    OEM BAIC BJ40L using E01-2.0T Engine to enter 4WD market.


    • Jika penambahbaikan seperti yang dicadangkan di atas harganya akan meningkat sedikit.. Julat harga dari 65k hingga 90k, berdasarkan varian standard, executive, premium..


    • Alang alang buat preve generasi kedua terus la. Tak yah nak facelift. Guna platform sama. Panjang ngan lebar kekalkan tapi rendahkan skit setara civic baru. Masukkan enjin ngan gearbox baru.
      Model Proton sekarang tinggi tinggi belaka. Patut rendah dan lebar.


      • Bukan apa.. jualan Preve bukan 5-7k unit sebulan.. jadi untuk generasi ke-2 dengan platform baru mcm tak ekonomi..

        Even new Saga pun, Proton develope dr platform Saga lama.. walaupun diketahui, jualan Saga sebelum ni boleh cecah 7k unit sebulan..

        Mungkin duit dah byk melabur dekat new engine.. jadi budget utk model2 baru agak terhad..


        • Tak salah rasanya model baru tapi kekalkan platform. Kompeni lain pun buat jugak. Save budget skit. Tak semestinya kereta baru platform pun baru. Kulit luar ja ubah lain.


  • Harapnya exora fl kelak akan ada major update..kalau boleh tukar kepada power door/sliding, projector head lamp, moon roof, dan kerusi baris kedua spt exora prime dll peningkatan.


  • Addition For Preve/Suprima,
    – Add OEM fit Driving recorder (like in Toyota Altis)
    – Preve 17 rims for Premium model.
    – Preve/Suprima Steering Grip diameter must increase bigger, current one too small Grip diameter. even Persona also bigger than Preve/Suprima.


  • Proton sepatutnya melaksanakan sistem 5 year lifecycle di mana setiap 5 tahun Proton akan keluarkan model generasi baharu. Tak silap masa zaman DSZ, time Saga 2008 launched ada cakap Proton akan percepatkan lifecycle dari 10/9 tahun ke 5 tahun. Mungkin kekangan kewangan menjadi punca lifecycle ni dilambatkan. Dengan sistem macamni, consumer akan dapat pilihan design yang fresh dan packaging yang lebih menraik.

    Kalau Proton ikut plan 5 tahun, maka:
    Generasi Ketiga Saga (sepatutnya 2013, delay 2016)
    Generasi kedua Exora (sepatutnya tahun 2014, delay 2017)
    Generasi kedua Proton Preve (2017) on schedule
    Generasi kedua Suprima S (2018)
    Generasi Kedua Iriz (2019)
    Generasi Ketiga Persona (2021)
    dan seterusnya…
    harap ada generasi baru Inspira (dikategorikan antara segment C atas dari Preve dan D bawah dari Perdana)


    • Saudara sila google ‘scale of economic’ dan anada pasti akan tahun kenapa product lifecycle proton jauh lebih lama daripada jenama besar.


    • Mabuk ka? Nak Proton bleeding lagi ka? Hang tau dak Proton bergantung banyak dekat pasaran tempatan. Ni bukan Toyota Honda, satu dunia dia pasarkan. Mabuk ka?


    • 5 tahun life cycle tidak sesuai untuk model kereta yang jualannya kurang 500k unit setahun.. Kecuali kereta mahal yang margin keuntungannya 200% dari kos seunit..


  • Tiada model baharu Proton tahun depan 2017.. Antara sebab tiada model baru tahun 2017 adalah kerana empat model telah dilancarkan tahun ini.. Salah satu model sepatutnya dilancarkan tahun lepas dan salah satu lagi model sepatutnya dilancarkan tahun hadapan, tetapi semuanya dilancarkan pada 2016..

    Sebab lain adalah kerana Standard penarafan ASEAN NCAP 2017-2020 yang ditingkatkan dengan drastik sekali.. Keempat-empat model yang dilancarkan tahun ini tidak layak untuk mendapat penarafan baru 5-bintang ASEAN NCAP 2017-2020.. Kecuali dinaiktaraf mengikut kehendak ASEAN NCAP 2017-2020..

    Preve replacement, Exora replacement, Suprima replacement, Iriz replacement dan model baru(suv) dijangka akan dilancarkan pada 2019-2020.. Model-model tersebut dijangka memenuhi piawaian 5-bintang ASEAN NCAP 2017-2020..

    Tahun 2017-2018 adalah tahun facelift model sedia ada bagi Proton.. Sayangnya Suprima Active AWD adalah model konsep semata-mata dan tiada model produksi..


    • Pd sy.. kesilapan pengurusan proton terdahulu adalah model Suprima

      Sy lebih suka kalau proton develope suv dari platform Preve

      Di masa hadapan.. sy jangka tiada replacement model utk suprima.. proton lebih tumpu kpd model2 yg boleh dijual..


  • x payahla buat byk2 sgt..pening kepala ja..takkan la nak soft loan gomen lg….tgg hasil dr persona/saga br boleh finance improvement…proton ni bukan apa, lambat buat facelift psl komitmen volume komponen asal kpd vendor pun xleh nak achieve..takkan nak compensate vendor buta2 kot…
    takkan ada dah time mcm wira iswara brapa kali FL la psl volume dah adequate nak finance new FL…
    back to basic, kene ada volume, increase sale br la ada duit nak buat FL brapa byk kali pun…camna nak ada vol – paham2 la…sendiri mau tahu la

Leave a Reply