ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tentera Darat terima 180 motosikal Scrambler Kawasaki KLX 250 untuk perkasa Op BENTENG

Berita Tempatan

Views

Menerusi hantaran terbaharu di laman Facebooknya petang tadi, Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini telah menerima sebanyak kira-kira 180 buah motosikal Scrambler 250cc jenis Kawasaki KLX 250 bagi kegunaan operasi khususnya dalam melaksanakan Op BENTENG.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Majlis Penyerahan unit motosikal ini telah diadakan di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen dan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

Usai taklimat pengoperasian kenderaan yang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Kawasaki Motors Sdn Bhd, Datuk Jefry Lim, Tan Sri PTD telah dipertontonkan dengan demonstrasi tunggangan motosikal tersebut yang dipersembahkan oleh The Army Red Warrior Motorcycle Team.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Seterusnya, majlis penyerahan kenderaan tersebut telah disempurnakan dengan penyerahan replika kunci kepada Tan Sri PTD sebagai simbolik penyerahan motosikal tersebut kepada TDM. Majlis ini telah dilaksanakan secara ringkas dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Justeru, dengan penerimaan aset terbaharu ini, ia amat bertepatan dengan salah satu penumpuan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 “Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan” iaitu penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TDM berada di tahap terbaik untuk sebarang atur gerak operasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Darat Malaysia

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply