ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terowong ECRL runtuh punca tanah mendap di Lebuhraya KL-Karak

Berita Tempatan

Views

Kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong di Kilometer (KM) 66.1, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dikenal pasti disebabkan pembinaan terowong laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Katanya, punca peringkat awal ini kerana pembinaan terowong di bawah, projek rel ECRL. Beliau berkata kerja-kerja baik pulih dijangka selesai petang ini dan laluan itu boleh digunakan semula pukul 7 petang ini.

“Sebelum datang ke sini, saya telah pergi ke tempat kejadian (tanah mendap), saya agak puas hati kerana kerja-kerja pemulihan dibuat dengan cepat, pukul 7 ini dijangka boleh digunakan semula,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kerja-kerja pembinaan Seksyen 6, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) di Kuala Selangor, hari ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya dalam kenyataannya, memaklumkan laporan awal pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapati tanah mendap tersebut diakibatkan daripada runtuhan terowong 2 ECRL yang berada 13 meter di bawah laluan tersebut.

Katanya, runtuhan terowong ECRL 2 itu telah menyebabkan tanah mendap seluas 9.5 meter (m) lebar x 10 m panjang x 4.3 (m).

Pihak kontraktor telahpun mengambil tindakan dengan menimbus kawasan mendapan dengan konkrit sejak malam tadi. Kerja-kerja turapan akan dimulakan sejurus selepas konkrit keras.

Bagi langkah pembaikan jangka panjang, satu siasatan menyeluruh akan dilaksanakan kementerian menerusi Agensi Lembaga Lebuhaya Malaysia dengan kerjasama pihak yang terlibat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pemantauan berterusan turut dilaksanakan bagi mengesan jika ada pergerakan bawah tanah di lokasi kejadian.

Mendapan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam, semalam itu telah menyebabkan penutupan kedua-dua arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan WCE yang merentasi jajaran Banting, Selangor ke Taiping Selatan, Perak, Nanta berkata projek tersebut telah siap 88 peratus.

Secara keseluruhannya projek itu adalah sepanjang 233 kilometer tidak termasuk 80 kilometer tidak bertol.

“Kemajuan pembinaannya sedikit lewat adalah disebabkan isu pengambilalihan tanah. Pada awalnya, belanja ambil tanah dianggarkan RM980 juta dan akhirnya melebihi RM2 bilion. Semua ini telah selesai,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Kerja Raya Malaysia

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply