ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Cyberquad untuk kanak-kanak diperkenalkan – Harga kira-kira RM8K, jarak perjalanan 24 km

Berita Global

Views

Meskipun pelancaran Tesla Cybertruck versi pengeluaran telah ditunda sehingga ke akhir tahun depan (2022), namun ATV elektrik, Cyberquad tiba mengikut jadual.

ATV elektrik yang diperkenalkan serentak dengan Cybertruck pada 2019 itu direka untuk muat dengan ruang bagasi di belakang trak pikap tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Semasa pengenalannya, CEO Tesla, Elon Musk berkata Cyberquad akan tiba dalam masa yang sama dengan Cybertruck, yang sepatutnya dilancarkan tahun ini.

Tesla dan Radio Flyer telah memperkenalkan Cybertruck untuk kanak-kanak yang dijual pada harga $1,900 (kira-kira RM8,025) dengan menampilkan kerangka keluli dan reka bentuk diinspirasikan dari Cybertruck dengan jejalur lampu LED di depan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

ATV ini juga dilengkapi dengan tempat duduk berkusyen, suspensi boleh laras dana juga brek cakera di belakang. Ia dikuasakan oleh pek bateri lithium-ion 36V yang boleh ditanggalkan dan mampu bergerak sejauh 24 km.

Baterinya pula boleh dicas penuh dalam tempoh lima jam dengan hanya menggunakan soket di rumah. Dari segi prestasi, ia mempunyai kelajuan maksima dengan tetapan 8 km/j dan 16 km/j.

Cyberquad untuk kanak-kanak ini direka untuk mereka yang berusia dari lapan tahun dan ke atas, dengan berat mencecah sehingga 68 kg. Walaubagaimanapun, ia telah pun habis dijual, jadi ‘kempunan’lah anda untuk jadikannya sebagai hadiah sempena Hari Natal nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply