ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia panggil 93,929 unit kenderaan untuk tukar bateri 12V

Views

Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) bakal memanggil 93,929 unit kenderaan keluarannya akibat masalah bateri 12V. Antara model yang terlibat termasuklah City, Civic, Jazz, CR-V, CR-Z, Freed dan Insight.

Pemilik model-model ini akan dihubungi oleh pihak Honda melalui surat dan mereka perlu menghubungi pusat servis berhampiran untuk membuat temujanji dan menukar bateri setelah menerima surat tersebut. Segala kos berkaitan seperti alat ganti dan buruh akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda Malaysia.

Menurut Honda, setakat ini tiada lagi kecederaan dilaporkan berkaitan dengan isu berkenan dan langkah ini diambil untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian yang tidak diingini. Pemilik boleh menyemak sendiri status kenderaan mereka menerusi laman web rasmi Honda Malaysia atau menghubungi terus talian bebas tol 1-800-88-2020.

Berikut adalah model-model yang terlibat mengikut tahun pengeluaran:

Microsoft Word - HONDA MALAYSIA ANNOUNCES PRODUCT UPDATE FOR 93,

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply