ARKIB

KATEGORI

Buletin

Theophilus Chin beri gambaran awal Honda ZR-V versi pengeluaran

Impresi Artis

Views

Jika anda masih ingat, pada November tahun lalu bersempena Gaikindo Indonesia International Auto Show 2021, Honda akhirnya telah memperkenalkan sebuah model konsep yang dikenali dengan nama SUV RS Concept.

Model konsep tersebut memberi gambaran awal mengenai model SUV kompak, ZR-V untuk pasaran Indonesia dan juga rantau ASEAN.

Selain memberi gambaran awal ZR-V generasi baharu, nama SUV RS Concept seolah-olah memberi petanda yang model ini bakal menjadi SUV pertama Honda yang membawa lencana RS.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Dari segi reka bentuk, ia membawa beberapa elemen rekaan  dari model HR-V dan juga BR-V generasi baharu. Ia menampilkan lampu depan jenis LED rekaan moden yang bergabung dengan jeriji, bersama rekaan bampar yang aggresif.

Rekaan belakangnya agak unik dengan penggunaan jejalur lampu LED yang bersambung dengan kemasan gelap.

Ada kemungkinan versi pengeluarannya nanti akan ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid, memandangkan pesaing kuatnya, iaitu Toyota Raize / Daihatsu Rocky turut menawarkan versi tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Dengan menggunakan kepakarannya dalam manipulasi digital, sahabat kami Theophilus Chin mencuba nasib untuk memberi gambaran awal Honda ZR-V versi pengeluaran.

Masih mengekalkan hampir keseluruhan reka bentuk model SUV RS Concept, Theo hanya melakukan pengubahsuaian yang minima pada bahagian lampu, jeriji hadapan dan juga bamparnya.

Bahagian belakangnya juga boleh dikatakan ‘tidak diusik’ terlalu banyak, dengan hanya perubahan pada bahagian dalam kluster lampu belakang yang menggunakan jejalur LED yang lebih konvensional.

Apa pendapat anda mengenai karya terbaharu ‘Sifu’ Theophilus Chin dari ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply