ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Theophilus Chin beri gambaran Perodua Kancil rekaan Stola pada tahun 1997

Impresi Artis

Views
Perodua Kancil by Marcello Gandini

Baru-baru ini kami ada menyiarkan artikel mengenai Perodua yang pernah meminta syarikat automotif dari Itali, Stola untuk menghasilkan penggayaan semula model ‘hatchback marhaen’, iaitu Kancil pada tahun 1997.

Menurut portal Carrozzieri Italiani, Perodua telah diperkenalkan kepada Stola oleh syarikat Hawtal & Whiting untuk mereka bentuk semula model Kancil setelah beberapa tahun pengeluarannya di bawah lesen dari Daihatsu.

Buat pertama kalinya dalam portfolio mereka, Stola diminta oleh Perodua untuk mencadangkan gaya luaran dan dalaman sebuah kereta baharu.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Cabaran ini telah disahut oleh Stola dan mereka telah menyeru Leonardo Fioravanti, Porsche Engineering Service dan Marcello Gandini untuk bersaing bagi mendapatkan cadangan reka bentuk yang terbaik.

Foto-foto model prototaip awal yang disiarkan dalam artikel tersebut adalah cadangan reka bentuk dari Gandini.

Sahabat kami, pakar manipulasi tersohor Theophilus Chin mengambil peluang ini menggunakan segala kepakarannya untuk menggambarkan rekaan Kancil ‘Gandini’ secara digital.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Menurut Theo, model Lancia Ypsilon keluaran 1999 telah dijadikan sebagai asas rekaan digitalnya itu. Dengan menyuntik segala elemen reka bentuk pada model prototaip awal Kancil Gandini, kita dapat melihat gambaran model versi produksinya.

Meskipun tiada foto bahagian belakang sebagai rujukan, Theo menggunakan daya imaginasinya untuk menghasilkan rekaan yang menggabungkan elemen reka bentuk Kancil lampu bulat dengan lampu jenis menegak seperti Perodua Viva.

Sekilas pandang ia kelihatan seperti model kompak hatchback keluaran syarikat Eropah dengan citarasa Asia. Secara keseluruhaan, kami meminati rekaan ini namun ‘agak musykil’ mengapa Perodua tidak merealisasikannya.

Apa pula pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply