Pusingan 2 perlumbaan Vios Challenge yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mencatat sejarah dengan berjaya mendapat tontonan lebih dua juta warganet secara dalam talian. Aksi perlumbaan dalam keadaan litar basah dan kering memang cukup mendebarkan.
Hari pertama perlumbaan, keadaan di litar ‘cukup hangat’ dengan cuaca panas terik dan permukaan litar yang kering. Tempo pada perlumbaan pada hari berikutnya berubah kerana hujan lebat, sekali gus menjadikan permukaan litar basah dan licin,
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
Pendatang baharu dalam Vios Challenge, Mitchell Cheah berjaya muncul sebagai naib juara Super Sporting Class, manakala pelakon Shukri Yahaya berada dalam kelas yang tersendiri dengan memenangi Race 1 dan Race 2 dalam saingan Promotional Class.
Menurut Ketua Pegawai Sukan Permotoran GAZOO Racing Malaysia, Akio Takeyama, aksi perlumbaan telah disiarkan secara penstriman langsung menerusi laman sesawang Toyota, Facebook dan juga beberapa platform media sosial yang lain.
Katanya, sebagai penganjur, pihaknya terpaksa akur perlumbaan tersebut dilangsungkan tanpa kehadiran penonton demi memastikan keselamatan dan melindungi semua yang terlibat di litar daripada ancaman wabak COVID-19.
Berikut adalah keputusan perlumbaan Race 2, Musim ke-4:
Super Sporting Class
1. Syafiq Ali M7 Japan Project Team
2. Mitchell Cheah 23 Motors
3. Faidzil Alang M7 Japan Project Team
Sporting Class
1. Adam Khalid Crestmax Motorsport
2. Mirza Syahmi Mahzan Aylezo Motorsport
3. Eric Yong
Rookie Class
1. Amer Harris
2. Mika Hakimi
3. Putera Adam
Promotional Class
1. Shukri Yahaya
2. Nabil Ahmad
3. Zizan Razak
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
KOMEN TERKINI