ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lagi penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTag pada 2025 – Fadillah Yusof

Berita Tempatan

Views

Tidak lama lagi, kerajaan akan membenarkan orang ramai membuat pembayaran tol lebuh raya menggunakan mana-mana penyedia pembayaran digital, bukan hanya menerusi Touch ‘n Go.

Dalam temu bual eksklusif bersama Free Malaysia Today, Menteri Kerja Raya Datuk Sri Haji Fadillah Haji Yusof, berkata ia bergantung kepada kadar penembusan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada tahap yang memuaskan dan apabila syarikat konsesi lebuh raya bersedia untuk menambah penyedia pembayaran dalam talian.

Beliau juga berkata syarikat konsesi lebuh raya telah diarahkan untuk bersedia melaksanakan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), menjelang 2025.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

MLFF ialah sistem tol tanpa palang, tanpa pondok tol dan tiada lorong khusus. Ia menggunakan struktur gantri yang dilengkapi dengan Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) di lokasi tertentu.

Jelas beliau, tidak lama lagi, terpulang kepada orang ramai untuk menggunakan sebarang mod pembayaran digital, sama ada anda mahu menggunakan Touch ‘n Go eWallet, kad debit atau kredit, atau Visa atau Mastercard atau apa jua sistem pembayaran elektronik.

Beliau mengesahkan bahawa kad Touch ‘n Go untuk tol lebuh raya akan ditamatkan pada 2025 dan lorong SmartTag akan dimansuhkan secara berperingkat.

Dianggarkan terdapat lebih 20 juta kad Touch ‘n Go yang masih digunakan, dengan hampir 91 peratus transaksi dilakukan di 31 lebuh raya di negara ini.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Tambah beliau, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang berusaha untuk memastikan ia memudahkan orang ramai untuk menerima kaedah pembayaran dalam talian. Syarikat konsesi lebuh raya telah diberitahu agar bersedia untuk pelaksanaan MLFF.

Fadillah berkata sistem MLFF merupakan faktor utama dalam rangka tindakan Sistem Pengangkutan Pintar untuk rangkaian lebuh raya masa hadapan. Beliau berkata projek perintis ANPR kini sedang dijalankan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Sambil mengakui bahawa pelancaran RFID telah lewat dari jadual selama beberapa tahun, Fadillah menegaskan bahawa terdapat beberapa elemen yang perlu LLM selesaikan sebelum melancarkan MLFF secara besar-besaran.

Antara yang perlu diselesaikan adalah aspek peraturan, prosedur penguat kuasaan, pembangunan infrastruktur, kadar penembusan RFID dan pelan komunikasi untuk pelaksanaan MLFF.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply