ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kuala Terengganu Bypass dijangka siap April ini

Berita Tempatan

Views

Projek Kuala Terengganu Bypass yang menelan kos RM220 juta dijangka siap dalam tempoh lima bulan lebih awal iaitu pada April ini.

Berita Harian melaporkan, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata projek yang sebelum ini dijadual siap pada September tahun ini sudah mencapai kemajuan hampir 92 peratus.

Beliau berkata, projek yang bermula pada 2016 itu sebelum ini tertangguh disebabkan beberapa isu teknikal.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Katanya, ia berkait dengan pengambilan tanah yang mengambil masa untuk diselesaikan, reka bentuk yang perlu disesuaikan dengan keadaan tapak dan beberapa perkara yang perlu ditambah baik, di samping penularan COVID-19 yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setakat ini, projek itu sudah mencapai hampir 92 peratus dan dijangka siap pada September tahun ini. Tetapi, selepas mendengar taklimat daripada pasukan projek Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor mereka memberi komitmen untuk menyiapkan projek ini lebih awal iaitu pada April.

Fadillah berkata, projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) itu bertujuan mengurangkan kesesakan trafik seterusnya menjimatkan jarak dan tempoh perjalanan pengguna sebanyak 30 minit dari Kuantan ke Kota Bharu atau sebaliknya.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Katanya, pelaksanaannya dapat memberi manfaat kepada 70,000 penduduk terutama di Bandar Baru Bukit Besar, selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan membawa koridor baharu pembangunan di daerah Kuala Terengganu.

Untuk rekod, jajaran projek berkenaan membabitkan pembinaan laluan sepanjang 5.875 kilometer bermula dari persimpangan Tok Molor, Jalan Tok Adis (T12) hingga ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan FT03 Kota Bharu-Kuala Terengganu.

Turut dibina, lima jejambat serta membabitkan skop menaik taraf dua persimpangan iaitu persimpangan Tok Molor dan persimpangan Tok Ku kepada persimpangan bertingkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fadillah Yusof

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply