ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular Omoda 5 alami kegagalan brek: Chery Malaysia telah menghubungi pemilik, tawar kereta sementara

Tular

Views

Akaun Facebook rasmi Chery Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan media dari Naib Presiden Chery Malaysia Lee Wen Hsiang berhubung satu video tular yang dimuatnaik oleh pemilik Omoda 5 bernama Jc Jess .

Wanita tersebut mendakwa, Omoda 5 miliknya telah mengalami kegagalan brek ketika sedang dia memandu di lebuh raya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut Jc Jess, keretanya baharu berusia dua bulan dan masalah brek ini telah dibangkitkan berulang kali kepada Pusat Servis, namun isu tersebut tidak diatasi secara berkesan.

Kejadian terbaharu berlaku sejurus selepas dia pulang dari Pusat Servis. Secara tiba-tiba brek keretanya tidak berfungsi ketika di lebuh raya hingga ‘hampir meragut nyawanya’.

Pihak Chery Malaysia dalam kenyataan tersebut mengambil perkara ini dengan sangat serius. Ujarnya, keselamatan para pelanggan adalah keutamaan mereka.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Chery Malaysia telah berhubung dengan pelanggan yang terlibat sejak Sabtu (6 April 2024) untuk menangani masalah tersebut dan telah menawarkan sebuah kereta bagi kegunaan sementara kepadanya.

Chery Malaysia ingin menekankan bahawa mereka komited untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan diyakini, dan berazam untuk memastikan bahawa semua kenderaannya memenuhi standard keselamatan yang tertinggi.

Tambahnya, jika para pelanggan menghadapi sebarang masalah dengan kenderaan, mereka boleh terus menghubungi Chery Malaysia di +603 2771 7070 atau melalui emel di [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Chery Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply