ARKIB

KATEGORI

Tular

Tiada unsur kroni atau penipuan, sesi cabutan Ford Mustang ‘telus’

Tular

Views

Seorang pemuda tidak menyangka penyertaannya dalam cabutan bertuah ketika menyertai pertandingan memancing di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah hanya suka-suka menjadi detik paling indah dalam kamus hidupnya apabila memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta sport jenis Ford Mustang Ecoboost model 2016.

Menurut K! ONLINE, Muhammad Amerrul Hakimi Mohd. Suhaili, 24, berkata, pada awalnya dia tidak menaruh harapan tinggi untuk membawa pulang kereta yang berharga antara RM250,000 hingga RM270,000.

“Pada asalnya, niat saya nak ke sana memang saja-saja. Tak berharap sangat untuk menang tapi ada lah niat juga kalau dapat kereta itu, nak bagi ayah sempena hari lahirnya pada 28 Disember lalu.

“Saya beli tiket ke tempat memancing itu pada tarikh yang sama hari jadi ayah pada 28 Disember 2021 dan daftar daripada Group Team Lanun Johor,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Menceritakan kisah lanjut, Muhammad Amerrul berkata, dia bersama bapa, Mohd. Suhaili Ramli serta abangnya, Muhammad Ridhwan bergerak ke Jitra dengan menaiki bas rombongan.

Katanya, mereka menaiki bas di Tol Bukit Gambir di Muar sebelum bapa saudaranya turut serta dan menaiki bas di Tol Sungai Buloh, Selangor.

“Sampai sana, kami daftar masuk kupon atas empat nama (DIN PJ, BOB 1583, WAN 1583 dan AKIM 1583). Dekat bawah pentas, saya duduk kat bawah pokok.

“Masa umum nombor cabutan itu, saya dah perasan nombor saya. Tapi sebab nak kepastian, saya tunggu telefon berbunyi sambil berlari naik pentas.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

“Tak sangka bila dah ada atas pentas, baru tahu rupanya saya menang Mustang. Ingatkan nombor ke-15 dicabut dahulu. Memang bersyukur sangat-sangat sebab dapat menang kereta, memang tak sangka dan memang tak berharap sangat pun,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Amerrul menafikan dakwaan yang menyatakan ada unsur penipuan atau telah dirancang ketika sesi cabutan berkenaan.

“Kepada yang kata saya ada kroni, pakai ‘cable’, orang dalam la apa semua itu, boleh tengok semula kat laman Joran Bukit Merah Laketown. Dekat situ ada buat ‘live’ dan tunjuk macam mana telusnya cara mereka buat cabutan bersaksikan orang ramai di sekeliling,” jelasnya.

Muhammad Amerrul memberitahu, kereta mewah itu telah diserahkan kepada bapanya sebagai hadiah hari lahir. Katanya, terpulang kepada bapanya sama ada mahu menjual atau sebaliknya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kimie Keliz

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply