ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia catat peningkatan jualan 14.3 peratus pada 2021

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia mengakhiri tahun 2021 dengan cukup bergaya menerusi jumlah jualan sebanyak 2,229 unit, meningkat 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia juga merupakan tahun keenam berturut-turut mereka berjaya mencatat peningkatan jualan, sekali gus memberi petanda yang baik untuk tahun-tahun berikutnya.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Jualan 2,229 unit itu juga merupakan rekod baharu jumlah jualan tertinggi sejak penubuhan Volvo Car Malaysia.

Bukan itu sahaja, mereka turut mencatat prestasi jualan tertinggi bulanan dengan 524 unit terjual pada bulan Disember 2021. Hampir 73 peratus semua kereta Volvo yang dijual di Malaysia adalah model Recharge.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, meskipun tahun ini agak mencabar, pihaknya telah berjaya mendapatkan keyakinan pelanggan dengan memberikan mereka kebebasan untuk bergerak secara peribadi, mampan dan selamat.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Tambahnya, ini memberikan mereka motivasi untuk mencapai sasaran menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030. Dari segi jualan global, jualan Volvo Cars meningkat sebanyak 5.6 peratus kepada 698,693 unit pada tahun 2021.

Jualan model trenkuasa elektrik sepenuhnya dan hibrid palam-masuk (plug-in) Recharge meningkat sebanyak 63.9 peratus pada tahun 2021, berbanding tahun 2020.

Model Recharge telah berjaya mencatatkan 27 peratus jumlah jualan keseluruhan syarikat pada tahun lalu. Hampir 40 peratus kereta baharu Volvo yang dijual pada bulan Disember merupakan model Recharge, dengan kereta elektrik sepenuhnya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 7.4 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply