ARKIB

KATEGORI

Tular

Tiba-tiba bertukar jadi ‘Spiderman’ lepas kena saman

Tular

Views

Aksi spontan seorang lelaki meniru gaya adiwira Spiderman di tengah sebatang jalan yang sibuk di Kota Batu, Jawa Timur menjadi tular dengan warganet kehairanan melihat sikapnya, lapor laman berita Tribunnews, kelmarin.

Menurut KOSMO! ONLINE, berdasarkan klip video yang tular di media sosial, lelaki tersebut dikatakan seorang pemandu yang telah disaman oleh polis.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Secara tiba-tiba, dia membuat gaya seperti yang sering dilakukan oleh watak adiwira Spiderman ketika berhadapan dengan musuh dengan kedua-dua tangannya dicengkam pada atas jalan raya.

Aksi itu dilakukan di tengah-tengah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang. Di samping lelaki tersebut, terdapat seorang anggota polis terpaksa mengawal lalu lintas yang menjadi sesak disebabkan lagak bersahaja lelaki berkenaan.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Tiada sebarang penjelasan mengenai alasan kepada aksi lelaki tersebut buat masa ini. Namun, video itu menjadi tular dengan warganet memberi pelbagai komen lucu untuk meneka punca kepada tindakan tersebut.

“Keretanya dapat surat saman, jadi mungkin dia tertekan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata seorang warganet. “Peter Parker (nama watak Spiderman) sedang mengadakan penggambaran di Indonesia,” kata seorang lagi pengguna.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply