Berita baik buat peminat watak Autobot atau Decepticon! Touch ‘n Go hari ini melancarkan kad Edisi Terhad TRANSFORMERS ONE dan tag RFID eksklusif, bertemakan filem terbaharu TRANSFORMERS ONE dari Hasbro dan Paramount Animation.
Empat pilihan rekaan kad ditawarkan yang terdiri daripada empat watak legendaris, iaitu Optimus Prime, Bumblebee, Megatron, dan Elita. Pelancaran ini turut memperkenalkan tag RFID berjenama IP pertama Touch ‘n Go.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Kad Touch ‘n Go TRANSFORMERS ONE dilengkapi dengan teknologi NFC, yang membolehkan pengguna menambah nilai secara mudah menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet dengan mana-mana telefon pintar yang mempunyai fungsi ini.
Manakala, tag RFID di kereta membolehkan pembayaran tol yang lancar dengan pemasangan yang mudah, tambah nilai tanpa kerisauan, serta akses masuk dan keluar bebas tangan.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Kad premium Touch ‘n Go ini dijual pada harga RM25. Tag RFID pula ditawarkan pada harga istimewa RM35 untuk masa terhad (harga asal RM40).
Kesemua koleksi ini akan mula dijual bermula Isnin, 28 Oktober 2024 di Pusat Servis dan Hab Touch ‘n Go di Bangsar South dan NU Sentral, Touch ‘n Go eWallet TikTok Shop, Touch ‘n Go eWallet Official store at Lazada, Touch ‘n Go Shopee Mall dan cawangan KK Mart yang terpilih.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI