ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota acah foto Noah dan Voxy generasi baharu, bakal dilancar Januari 2022

Berita Global

Views

Toyota mula menyiarkan foto acah generasi baharu vanmini, Noah dan Voxy yang bakal membuat kemunculan sulungnya pada bulan Januari, 2022.

Seperti yang kita sedia maklum, model Noah dan Voxy sebenarnya adalah dua beradik yang berada di bawah model yang bersaiz lebih besar iaitu Alphard / Vellfire serta model andalan Granace.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ini merupakan model generasi keempat bagi kedua-duanya yang mula diperkenalkan pada 2001. Generasi keduanya tiba pada 2007, manakala versi semasa atau generasi ketiga dilancarkan pada 2014.

Model Voxy lazimnya digayakan dengan lebih agresif berbanding dengan Noah, namun jika dirujuk kepada foto acah ini, ia nampak tidak jauh berbeza.

Kedua-dua model ini turut memakai lencana GR Sport, dengan rim aloi yang lebih besar dan juga kit badan.  Menerusi foto acah ini kita dapat melihat imbasan lampu hadapan LED serta sebahagian rekaan bampar kedua-dua model tersebut.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Noah (kiri) nampaknya berubah dengan agak ketara, dengan jeriji ala Lexus dan liang udara sisi yang besar, manakala Voxy (kanan) masih lagi mengekalkan identiti lampu depan berkembar dengan kemasan krom.

Dari segi dimensi, vanmini bersaiz-sederhana ini dijangka berukuran 4,700 mm panjang. Kedua-duanya berkemungkinan masih mengekalkan lantai rendah bagi memudahkan penumpang untuk masuk ke dalam kabinnya.

Maklumat lebih lanjut seperti trenkuasa dan spesifikasinya dijangka didedahkan pada bulan hadapan, semasa pelancaran rasminya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply