ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota bina litar ujian ‘Mini Nürburgring’ di Jepun

Berita Global

Views

Carthrottle.com melaporkan gergasi automotif Jepun, Toyota telah memutuskan untuk membina litar ‘Mini Nürburgring’ di negara tersebut. Syarikat itu telah mengumumkan “seksyen tengah” di Pusat Teknikal Toyota Shimoyama kini siap dibina dan sebahagian besar daripada fasiliti R&D terbaharu ini merupakan sebuah litar sepanjang 3.3 batu (5.31km).

Berdasarkan pengalaman Nürburgring Nordschleife, Toyota telah mereka bentuk sebuah litar ujian yang dibina di kawasan pergunungan kira-kira 30 minit dari ibu pejabatnya di Toyota City. Litar tersebut mempunyai cerun dengan ketinggian 75-meter dengan beberapa selekoh.

JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Buat masa ini, 50 orang kakitangan ditempatkan di litar tersebut, hampir kesemuanya merupakan pemandu uji. Fasiliti tersebut nanti akan mempunyai seramai 3300 orang tenaga kerja dan ia akan meliputi kawasan sekitar empat batu persegi.

Demi memastikan pemeliharaan alam sekitar di kawasan tersebut menjadi keutamaaan, Toyota telah berjaya mengekalkan sekitar 70 peratus daripada kehijauan yang sedia ada, serta mewujudkan “ruang hijau” baharu.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Pusat R&D ini akan dibuka pada tahun 2023 dengan kos pembinaan sekitar 300 bilion yen (RM11.142 bilion). Litar ujian itu nanti akan turut dilengkapi dengan litar gelung berkelajuan tinggi dan beberapa siri litar ujian yang direka untuk meniru keadaan jalan dari seluruh dunia termasuk lebuh raya di UK.

Adakah Daihatsu dengan Perodua boleh ‘tumpang sekaki’ untuk menguji model terbaharu mereka di litar baharu itu nanti? Sama-sama kita nantikan!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply