ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Kijang Innova EV Concept buat kemunculan di IIMS 2022

Berita Global

Views

Bersempena dengan Indonesia International Motor Show (IIMS) 2022 yang membuka tirainya mulai hari ini, PT Toyota-Astra Motor mempamerkan sebuah ‘mobil listrik’ atau kenderaan elektrik (EV) iaitu Toyota Kijang Innova EV Concept.

Model yang berasasakan model Innova generasi kedua (model semasa) ini berkemungkinan menjadi salah model EV Toyota yang akan masuk ke pasaran Indonesia.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Dari sudut reka bentuk luaran, Kijang Innova EV Concept sebenarnya boleh dikatakan tidak banyak perbezaan dengan model sedia ada.

Perbezaan yang paling ketara adalah jeriji yang tertutup sepenuhnya tanpa salur liang udara, serta kemasan jejalur biru pada lampu depan dan juga lampu belakang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Selain itu, lampu belakangnya menggunakan selongsong jenis lutsinar, manakala lingkaran pada logo Toyota di depan dan juga belakang turut diberikan kemasan berwarna biru.

Model konsep ini juga dipasang dengan rim rekaan khas enam jejari kemasan warna gelap. Di bahagian dalam ia dilengkapi dengan kelompok instrumen rekaan moden yang banyak menggunakan kombinasi warna biru dan putih.

Buat masa ini tiada butiran lebih lanjut mengenai spesifikasi lengkap model Kijang Innova EV Concept.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kumparan.com

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply