Ini kali pertama kita dapat melihat kit badan baharu GearUp untuk Myvi facelift. Beberapa foto unit pandu uji Myvi facelift yang lengkap dipasang dengan kit badan berkenaan telah dimuatnaik ke laman Facebook RiderAth sejak pagi tadi.
Pandangan pertama, jujur penulis katakan yang rekaan kit badan ini agak ‘terlampau’ dan telah mengubah rupa moden dan minimalis Myvi facelift menjadi seekor raksasa.
Sekilas pandang ia dah macam rupa Predator! Kit badan GearUp ini merangkumi apron sisi bampar yang bersambung dengan spoiler bawah bampar depan.
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
Agak melucukan penderia depan masih mengikut warna badan asal dan kelihatan seperti pelekat yang ditampal secara berasingan.
Ia menggabungkan kemasan hitam berkilat dan mengikut warna badan kereta. Disebabkan terlalu banyak permukaan yang lekuk dan timbul, ia nampak ‘agak serabut’.
Kami faham yang pereka kit badan ini sehabis daya mahu menonjolkan imej Myvi facelift agar tampil lebih agresif, cuma ia agak ‘keterlaluan’.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
Ke bahagian sisi, ia dipasang dengan skirt sisi dengan kemasan dwitona, hitam berkilat dan mengikut warna badan. Mujurlah dari arah sisi ia kelihatan lebih ringkas dan sedap mata memandang.
Di bahagian belakang pula, ia dilengkapi dengan spoiler bumbung yang agak besar macam ‘telinga Batman’ dan spoiler bawah bampar yang kini dengan diffuser seperti jentera Formula 1.
Sungguh pun begitu, dari arah belakang ia nampak lebih kemas dan teratur. Syukurlah kerana kali ini kit badan GearUp Myvi facelift tidak lagi menggunakan banyak elemen krom seperti kereta berhias.
Apa pendapat anda mengenai kit badan GearUp Myvi facelift ini?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit RiderAth
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
KOMEN TERKINI