ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota siar iklan acah Toyota Harrier 2021 – Bakal dilancarkan bulan ini

Berita Tempatan

Views

Nampaknya ada beberapa jenama yang bakal memperkenalkan model terbaharu mereka dalam bulan ini dan Toyota juga tidak ketinggalan. Menerusi satu hantaran terbaharu di laman Facebooknya, Toyota Malaysia mula menyiarkan iklan acah Toyota Harrier 2021 sejak semalam.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Serentak dengan itu juga, Toyota turut membuka pendaftaran buat mereka yang berminat dengan model tersebut di pautan ini. Generasi keempat Harrier ini berkongsi pelantar GA-K (Global Architecture-K) bersama Camry dan RAV4, selain nampak lebih besar berbanding model semasa.

Model ini telah pun memasuki pasaran negara jiran kita, Singapura dan ia ditawarkan dengan dua pilihan penjana. Model asasnya dikuasakan oleh enjin aspirasi normal 2.0 liter Dynamic Force yang menghasilkan 170 kuasa kuda dan 203 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Enjin ini digandingkan bersama transmisi Direct Shift-CVT yang membolehkannya memecut dari keadaan pegun ke 100 km/j hanya 9.7 saat. Satu lagi pilihan penjana adalah hibrid yang dikuasakan oleh enjin 2.5 liter Dynamic Force yang menghasilkan 176 kuasa kuda dan 221 Nm daya kilas bersama motor elektrik 118 kuasa kuda dan 202 Nm daya kilas yang membolehkannya menjana 215 kuasa kuda secara keseluruhan.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan tujuh beg udara dan Toyota Safety Sense. Ada kemungkinan harga untuk model baharu ini ‘akan naik sedikit’ dan segalanya hanya akan diketahui pada hari pelancaran yang akan diumumkan kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply