ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Swift Sport dibuka untuk tempahan – Anggaran harga RM145k?

Berita Tempatan

Views

Sebelum ini kami telah mewar-warkan mengenai kembalinya jenama Suzuki ke Malaysia menerusi Naza Eastern Motors dan bakal memperkenalkan model pertama mereka, Swift Sport beberapa hari sahaja lagi. Menerusi perkongsian di laman Facebook, salah seorang penasihat jualan Naza, Aravin Naza Sales telah memuatnaik satu hantaran yang mengatakan tempahan model tersebut telah pun dibuka.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Difahamkan, Swift Sport 2021 akan dijana oleh enjin empat silinder 1.4 liter turbo Boosterjet yang digandingkan dengan pilihan transmisi 6-kelajuan automatik atau manual. Tambah Aravin, harga anggaran model tersebut adalah RM145k dan menurut rakan kami di WapCar.my, harga model ini meningkat sangat ketara berbanding model terdahulu (2014) yang dijual pada RM97,888 untuk transmisi manual, manakala RM102,888 untuk CVT.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Sebelum ini, WapCar.my pernah menyiarkan foto intip beberapa unit Swift Sport 2021 sedang diangkut dengan treler menuju ke bilik pameran Naza di Petaling Jaya. Ada 3 warna Swift Sport 2021 yang dilihat di atas treler tersebut, antaranya Prime Burning Red, Metallic Speedy Blue, dan Pearl Pure White. Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran Swift Sport 2021 yang dijangka pada Jumaat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply