ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios 2023 terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - Toyota Vios (2023)

Laman sesawang rasmi Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian untuk model sedan Toyota iaitu Vios generasi keempat.

Buat kali pertama ASEAN NCAP telah menjalankan penilaian pada model Vios 2012 yang telah menerima penarafan 4-Bintang, manakala pada 2018, Vios telah menerima penarafan 5-Bintang.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Untuk ujian kali ini, Vios 2023 dinilai di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025 dan menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 78.70 mata.

Protokol terkini ini adalah berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

Berikut adalah cerakinan skor bagi keputusan ujian untuk model Honda CR-V 2023:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 35.25 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 16.64 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 16.08 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 10.73 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Vios 2023 didatangkan secara standard dengan enam beg udara di kebanyakan pasaran, kecuali di salah satu pasaran yang menawarkan hanya dua beg udara.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Antikunci (ABS), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) di hadapan dan belakang, serta Teknologi Perlindungan Pejalan Kaki untuk semua varian.

Bukan itu sahaja, beberapa ciri teknologi bantuan keselamatan juga ditawarkan sebagai standard ataupun pilihan.

Antaranya Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar, AEB Pejalan Kaki, Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pengesanan Titik Buta (BSD) di kedua-dua sisi kenderaan dan Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply