Nampak gayanya Honda Malaysia masih belum selesai menguji Honda CR-V generasi baharu. Baru-baru ini, kelibat unit ujian Honda CR-V generasi baharu berjaya dikesan sekitar bandar Pekan, Pahang.
Foto tersebut sempat dirakam oleh Fauzi Oslaini dan telah dimuatnaik oleh akaun Facebook Tekan Minyak pada 3 Ogos lalu.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Unit ujian generasi keenam CR-V ini mula kelihatan di jalan raya Malaysia sejak Februari lalu dan ia dijangka dilancarkan secara rasmi menjelang akhir tahun ini.
Di pasaran Thailand, ia ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa iaitu 2.0 liter hibrid penuh dwi motor (e:HEV) dan 1.5 liter Turbo VTEC.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
CR-V generasi baharu ini juga lebih besar, dengan ukuran dimensi 4,694 mm panjang, 1,864 mm lebar dan jarak antara rodanya pula 2,700 mm.
Namun ia lebih rendah berbanding generasi sebelumnya dengan ukuran tinggi 1,681 mm. Dalam perkembangan lain, Honda Malaysia bakal melancarkan City RS e:HEV versi ‘facelift‘ 2023 pada 10 Ogos ini.
Tempahannya telah mula dibuka di semua pengedar sah Honda Malaysia seluruh Malaysia sejak 18 Julai lalu.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Fauzi Oslaini dan Tekan Minyak
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI