ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios terjunam dalam Tasik Biru – Dua maut

Berita Tempatan

Views

Dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang petang semalam. Menurut Bernama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.10 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bergegas ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!

Beliau berkata laporan awal yang diterima membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik. Katanya, kedua-dua mayat mangsa ditemukan pada kira-kira 8 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

Berita Harian melaporkan, mangsa pertama yang juga pemandu dikenal pasti sebagai Muhammad Faizal Abu Hassan, 43, dari Pangsapuri Sri Anggerik 1, Bandar Puchong Jaya, Puchong, manakala mangsa kedua adalah Chong Kha Mun, 35, yang beralamat di pangsapuri sama.

Difahamkan, Muhammad Faizal adalah seorang pesara polis dan kali terakhir bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, manakala Kha Mun tidak dapat dipastikan pekerjaannya. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply