ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak ATM tergelincir semasa redah banjir, tidak libatkan calon SPM

Berita Tempatan

Views

Trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tergelincir semasa Op Murni tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.

Menurut Markas 2 Divisyen Infantri dalam satu kenyataan berkata, trak terbabit dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi mengambil calon SPM yang terkesan untuk dipindahkan ke Pasir Mas.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Namun ekoran arus deras di Kalbot Lima menyebabkan ia tergelincir. “Trak tersebut hanya dinaiki oleh anggota sahaja tidak melibatkan calon SPM,” katanya.

Kenyataan terbabit berkata, operasi khas ini telah berjaya dilaksanakan dengan jaya tanpa berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Sinar Harian Online melaporkan arus deras dan paras air yang cepat naik antara cabaran perlu dilalui oleh anggota ATM semasa melakukan Op Murni bagi memindahkan 189 calon SPM yang terkesan banjir di Rantau Panjang ke Pasir Mas.

Operasi tersebut bermula jam 6 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dengan menurunkan 11 buah trak dan 12 bot tempur. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply