SAIC Motor Malaysia menjemput orang ramai untuk ‘melihat sendiri’ barisan model MG yang bakal dipamerkan bersempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
Bermula dari 5 hingga 11 Disember 2024 dari jam 10.00 pagi, pameran automotif terbesar di Malaysia ini akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Acara ini menawarkan peluang istimewa kepada pengunjung untuk menyaksikan kenderaan MG yang inovatif dan bergaya, direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan.
Antara tarikan utama pameran ini ialah penampilan sulung MG Cyberster di Malaysia, sebuah model ‘roadster‘ dua tempat duduk yang anggun, dengan harga rasmi yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Model-model menarik lain termasuklah MG4 EV, MG5, dan MG HS SUV, serta MG3 HEV, MG7, dan MG ZS HEV yang bakal dilancarkan, turut dipamerkan untuk tontonan umum.
Para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai faedah eksklusif, termasuk hadiah menarik dengan setiap tempahan kenderaan MG serta ganjaran tambahan di ruang pameran MG (2A02) yang terletak di Aras 2.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI