ARKIB

KATEGORI

Buletin

Transformasi 3.0 – Perodua lancar rangka tindakan lestari ‘Smart Build’ ke arah globalisasi

Berita Tempatan

Views

Perodua telah melancarkan rangka tindakan lestari (sustainable blueprint) pertamanya yang merangkumi hampir seluruh ekosistem pembekal dan pengedar automotif Malaysia, bertujuan untuk mendorong syarikat dan industri ke arah globalisasi yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zainal Abidin Ahmad, Perodua Smart Build merupakan evolusi daripada objektif asal penubuhan Perodua dan industri automotif Malaysia, iaitu untuk mewujudkan ekosistem automotif yang mampan dan kukuh.

Beliau berkata bahawa Perodua Smart Build merupakan ‘Transformasi 3.0’ Perodua yang dibina berdasarkan kejayaan-kejayaan sebelumnya. Tambah beliau, Perodua memulakan transformasi pertamanya pada 2011 dengan mengumumkan pembinaan ekosistem Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), penghentian aliran kecacatan, penubuhan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd dan meningkatkan kesedaran kualiti di Perodua.

Jelasnya, Transformasi 2.0 memberi tumpuan kepada kepuasan pelanggan, pembangunan organisasi dan perpaduan di kalangan seluruh Kumpulan Syarikat Perodua. Kini, mereka berada di fasa ketiga transformasi untuk ‘membina’ Perodua dan rakan-rakan niaganya ke tahap di mana mereka dapat menduduki posisi yang unik dalam industri.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Beliau berkata di bawah ‘Transformasi 3.0’, Perodua akan bekerjasama dengan rakan-rakan niaganya untuk mengurangkan jurang kualiti, kos dan penghantaran di dalam ekosistem automotif dan memastikan industri berada pada ‘saiz yang betul’.

Datuk Zainal juga berkata bahawa Perodua juga sedang bekerjasama dengan rakan-rakan niaganya untuk mengenalpasti kepakaran sedia ada yang boleh dimanfaatkan di luar Malaysia. Beliau turut memberi contoh, kakitangan Perodua kini sedang bekerjasama dengan Daihatsu Japan dalam mereka bentuk model Daihatsu, yang merupakan salah satu usaha untuk mengeksport kepakaran ke luar negara.

Perodua juga akan terus memanfaatkan hubungan rapat dengan Daihatsu untuk merealisasikan objektif Perodua Smart Build. Objektif ini akan dicapai dengan bantuan pemegang saham dan rakan teknologi serta teknikal kami, Daihatsu Motor Company of Japan; dan kerajaan Malaysia yang mewujudkan ekosistem ini untuk memberi faedah kepada negara.

Menurut beliau lagi, Perodua Smart Build direka untuk membantu Perodua dan ekosistem automotif negara mengambil manfaat daripada Dasar Automotif Nasional dengan menjadikan industri tersebut lebih berdaya saing dan maju.

Antara komponen utama Perodua Smart Build adalah pembangunan produk sepenuhnya oleh Perodua dan para pembekalnya, pembentukan budaya kerja dan pemikiran kelas pertama yang akan menyumbang kepada negara.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Kata beliau, pelancaran Perodua Smart Build tidak bermaksud mereka telah mencapai potensi penuh komponen-komponen ini; sebaliknya, ia menandakan permulaan perjalanan Perodua dan rakan-rakan niaganya menuju tahap daya saing yang lebih tinggi.

Pihaknya turut berterima kasih kepada Daihatsu kerana diberikan peluang ini dan sokongan berterusan mereka selama ini. Sudah tiba masanya untuk mereka berkongsi kerjasama ini sepenuhnya dengan rakan-rakan niaga mereka di Malaysia.

Beliau menambah bahawa sebilangan pembekal Malaysia telah pun menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global Daihatsu, dan Perodua sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membangunkan lebih banyak pembekal tempatan ke arah tuju yang sama.

Perodua juga memberi tumpuan kepada pembangunan para pengedar, termasuk mengukuhkan operasi mereka dan membimbing mereka ke arah amalan terbaik global bagi meningkatkan lagi kepuasan pelanggan. Datuk Zainal berkata Perodua berhasrat untuk memastikan kesinambungan perniagaan para pengedar dengan berkongsi amalan terbaik serta teknologi terkini.

Tambah beliau lagi, dari segi produk, model-model Perodua pada masa hadapan akan lebih selari dengan trend semasa dan pada masa yang sama mengekalkan kelebihan mereka iaitu ruang, praktikaliti, kualiti, kebolehpercayaan, kecekapan bahan api dan nilai terbaik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply