Berita Harian melaporkan, set tren baharu Bombardier Innovia Metro 300 milik Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat kargo awam kedua terbesar dunia Antonov An124-100 Ruslan semalam.
Tren empat gerabak yang menjadi set kelima daripada kumpulan 27 set tren baharu yang dibeli di bawah projek KLAV (Kuala Lumpur Additional Vehicle) bagi Transit Aliran Ringan (LRT) itu, mencatat sejarah sebagai tren pertama dihantar menerusi pesawat kargo di Malaysia dan Asia Tenggara dengan jarak perjalanan sejauh 15,837 kilometer dari Amerika Syarikat (AS).
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
Sebelum ini, tren buatan Bombardier itu dihantar ke Malaysia dengan menggunakan kapal laut, yang memakan masa dua bulan sebelum sampai di Pelabuhan Klang. Detik bersejarah ini turut disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang diiringi oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Datin Norlia.
Turut hadir adalah wakil Bombardier HARTASUMA Consortium (BHC), Tan Sri Ravindran Menon dan Ahmad Marzuki Arifin. Urusan penghantaran tren berkenaan bermula dengan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Plattsburgh AS pada 22 Ogos dan melakukan persinggahan di beberapa negara sebelum tiba di KLIA semalam.
Di bawah projek perolehan dengan BHC itu, Prasarana membeli 27 set tren baharu Bombardier Innovia Metro 300, yang kemudiannya dipasang di kilang pembuatan HARTASUMA di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Menurut Muhammad Nizam, Prasarana menyambut baik dengan komitmen yang ditunjukkan oleh BHC dalam memastikan projek perbekalan tren baharu itu mengikut jadual yang telah ditetapkan.
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
Kecanggihan pesawat Antonov membolehkan ia membawa muatan sehingga 120 tan atau bersamaan 17 ekor gajah. Ini termasuk mengangkut tren LRT empat-gerabak dari pusat pembuatan Bombardier di AS terus ke Kuala Lumpur dengan hanya mengambil masa tiga hari.
Dari KLIA, tren berkenaan dibawa ke fasiliti pembuatan BHC di Pulau Indah bagi menjalani pemasangan dalaman dan seterusnya diperiksa secara rapi sebelum dihantar ke Depoh LRT Kelana Jaya di Subang untuk urusan pengujian dan pengesahan teknikal.
Sebelum ini, Prasarana sudah pun membeli 14 set tren Bombardier Innovia 300 di bawah projek fasa 1 KLAV. Dengan pembelian tambahan 27 lagi tren empat-gerabak, ia akan dapat memastikan lebih keselesaan kepada pengguna di samping dapat mengurangkan tempoh masa menunggu ketika waktu puncak.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Warna Prasarana
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
KOMEN TERKINI