ARKIB

KATEGORI

Buletin

Asap jerami padi punca anak-kanak perempuan maut dalam kemalangan

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas motosikal yang diboncengnya merempuh belakang lori di Kampung Parit Haji Taib 2, di Bagan Serai, berpunca dari asap tebal pembakaran jerami padi, semalam.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Auni Marissa Norman, maut di tempat kejadian manakala ibu dan bapa saudaranya cedera parah, sementara adiknya tidak cedera.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya, Mohamad Hafiz Mohd Adli bersama ibunya, Siti Fauziah Abdul Kairi, 34, dan adik mangsa, Muhammad Faiz Akmal Norman, berusia setahun.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Tambah beliau, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku apabila sebuah lori dipandu lelaki berusia 27 tahun, menghentikan kenderaannya berikutan terdapat sebuah lori sedang berhenti di hadapan. Mangsa bersama ahli keluarga yang berada di belakang lori berkenaan dikatakan hilang kawalan akibat asap tebal merempuh bahagian belakang sebelah kiri lori berkenaan.

Katanya lagi, akibat pelanggaran itu, mangsa yang duduk di depan bapa saudaranya maut, manakala ibu dan bapa saudara mangsa yang parah di kepala kini dirawat di Hospital Taiping. Omar Bakhtiar berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohd Hayat Hamdan

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply