ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tukun gerabak LRT pertama dilabuhkan di Pulau Tioman, diiktiraf Malaysia Book of Records

Berita Tempatan

Views

Pulau Tioman muncul pulau pertama dilabuhkan tukun tiruan gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) di negara ini, yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bawah kategori bangunan dan struktur.

Majlis pelancaran MBOR: The First LRT Coach Reef in Malaysia itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Turut berangkat ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah bertitah, inisiatif dicetuskan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu diharap dapat memberi impak positif kepada sektor pelancongan di pulau peranginan terbabit.

“Beta berharap tukun ini akan sedikit sebanyak membawa tarikan kepada pengunjung, khususnya mereka meminati bidang selaman.

“Beta berharap (dengan) terbinanya tukun ini, ekosistem marin di sekeliling Pulau Tioman akan bertambah baik.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Beta juga mengalu-alukan banyak lagi usaha merehabilitasikan tukun yang sudah mati di pulau ini,” titah baginda ketika merasmikan majlis itu.

Baginda turut menzahirkan keinginan untuk menyelam di lokasi tukun gerabak LRT itu yang dinamakan sebagai Tapak Selam Al-Sultan Abdullah.

“Beta sendiri akan cuba selam nanti sebab beta agak terpanggil selepas tengok video tadi. “Kita akan membuat satu lagi temu janji untuk berada di Pulau Tioman dalam masa terdekat, insya-Allah,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah sekali gus menasihati pihak berwajib, khususnya YASA dan Lembaga Pembangunan Tioman, agar terus memantau gerabak LRT itu bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan selamat bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini terhadap penyelam.

Sementara itu Pengurus Besar YASA, Mohd Fakhrul Islam Juhali, berkata usaha melabuhkan dua gerabak LRT itu membabitkan 60 penyelam dengan diketuai Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, objektif utama program itu ialah memperkenalkan terumbu baharu yang dinamakan Tapak Selam Al-Sultan Abdullah.

“Tapak ini direncanakan supaya dapat meningkatkan kelestarian biodiversiti marin dengan menyediakan kawasan pembiakan ikan dan hidupan marin lain.

“Kita juga berharap tapak selaman ini dapat meningkatkan ekonomi tempatan dengan menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Tioman,” katanya.

Beliau berkata, Pulau Tioman dipilih sebagai lokasi program itu kerana kekayaan persekitaran marin dan kepentingan strategiknya sebagai destinasi pelancongan utama di Pahang.

“Pulau ini merupakan pulau terbesar dalam kumpulan sembilan pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Tioman.

“Antara aktiviti popular di pulau ini ialah selam snorkel dan selam skuba kerana terumbu karangnya, selain menjadi laluan pendakian yang membawa pelawat ke air terjun cukup menakjubkan,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Gaya Travel Magazine, Azfar Hussin dan Aqualight & Motion

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply