ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tular isu warganet dikompaun semasa buat COD – Rupanya sebab tak bawa permit dan kesalahan lain

Berita Tempatan

Views

Polis Kuantan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor bin Yusof Ali menafikan isu tular yang dibangkitkan oleh warganet bernama Hisyamuddin Siddiq Zarni mengatakan polis telah mengenakan kompaun ke atasnya walaupun Permit Penjaja Beredar COD telah ditunjukkan di sekatan jalan raya berhadapan Pondok Polis Permatang Badak, kelmarin.

Beliau berkata, tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan kenyataan itu sangat dikesali dan menimbulkan situasi panik di kalangan warga Kuantan. Beliau juga turut kesal dengan tindakan individu tersebut yang menyebarkan berita yang tidak benar berkaitan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di daerah ini berkaitan dengan Permit Penjaja Beredar COD secara individu.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Katanya, pihak Polis bertindak sebagai pelaksana dan penguatkuasa undang-undang dan dalam masa yang sama memastikan SOP PKP serta arahan-arahan lain berkaitan PKP terus dipatuhi bagi mengekang wabak COVID-19 di daerah ini.

Tambahnya, pada 27 Januari 2021, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah mengeluarkan surat pemakluman berkaitan “Permit COD Semasa Musim PKP”. Menerusi surat pemakluman itu, MPK telah mengeluarkan sebanyak 200 permit COD musim PKP 2.0 dan juga memaklumkan permit COD musim PKP 1.0 masih boleh digunapakai untuk tahun 2021.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Mohamad Noor berkata, individu tersebut telah melanggar pematuhan SOP atas kesalahan tidak membawa bersama Permit Penjaja Beredar COD semasa pergerakan dibuat. Dia hanya menunjukkan salinan dokumen di dalam telefon bimbit sahaja.

Individu itu juga melakukan kesalahan membawa penumpang (pekerja) berlainan alamat rumah dan tiada surat kebenaran pergerakan dari pihak polis secara sah. Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai, khususnya warga Kuantan supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih daripada pihak berkuasa serta tidak membuat andaian serta spekulasi sendiri. Beliau juga sekali lagi mengingatkan supaya mendapatkan maklumat tepat dan jangan berkongsi atau menyebarkan apa saja maklumat yang belum sahih bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply