ARKIB

KATEGORI

Buletin

Turki rancang pemasangan 15 unit pesawat Hürjet di Malaysia jika menang tender

Berita Tempatan

Views

Turki merancang mengeluarkan pesawat tempur ringan Hürjet dengan Malaysia jika proses tender berjaya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI) Prof Temel Kotil.

Menurut Harian Metro, beliau berkata, ini sebagai usaha untuk mengukuhkan industri penerbangan global di rantau masing-masing.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Menurut Kotil, perkara itu masih dalam proses tender oleh Malaysia. Jika tender berjaya, 15 unit Hürjet akan dihasilkan di Malaysia dan tiga lagi di Turki.

Tambah beliau, pihaknya mahu menyumbang kepada pembangunan kapasiti Malaysia untuk menghasilkan pesawat seperti itu kerana Malaysia dilihat antara negara terbaik untuk bekerjasama secara strategik di Asia Pasifik.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perasmian pejabat Turkish Aerospace Industries (TAI) di kampus Cyberview Futurise di Cyberjaya. Hürjet ialah pesawat Advanced Jet Trainer dan Light Attack Aircraft. Pesawat pertama dijangka siap pada suku akhir 2022.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Malaysia akan terbabit dalam pembinaan Hürjet jika tender ini berjaya. Ia pasti memberi banyak peluang kerja serta pemindahan teknologi.

Bagaimanapun, bukan Turki saja yang memasuki tender bagi pembekalan pesawat latihan lanjutan bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini malah saingannya antaranya membabitkan China, Korea serta Russia.

Apa yang pasti, keupayaan TUDM akan meningkat hasil perolehan pesawat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply