ARKIB

KATEGORI

Buletin

UKM perkenal dua kenderaan hidrogen

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melancarkan dua kenderaan hidrogen yang dibangunkan melalui pengubahsuaian terhadap kenderaan elektrik oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Sel Fuel UKM dengan kerjasama pihak industri.

Menurut portal UKM.my, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, dua kenderaan tersebut iaitu kereta golf (buggy), UKM-FCH2B dibangunkan dengan kerjasama pihak PETRONAS, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid versi mini, UKM-FCH2HC adalah kerjasama dengan syarikat Myrenergy Sdn. Bhd.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Kata beliau, buggy tersebut mempunyai keunikan tersendiri kerana sumber kuasa elektrik menggunakan bateri telah digantikan dengan sistem sel bahan api untuk meningkatkan kecekapan pengoperasiannya. Ia juga boleh berfungsi sebagai penjana kuasa pegun berkuasa 3000 W bagi penggunaan peralatan elektrik.

Beliau berkata, kenderaan SUV pula adalah kenderaan hibrid sel bahan api dan bateri dengan nisbah 0.5 yang mana setiap sumber kuasa mampu mencapai kapasiti sehingga 10 kW, membolehkan kenderaan bergerak lebih jauh dari jarak perjalanan asal.

Sistem sel bahan api ini dilengkapi dengan unit sokongan seperti pelembap dan pendingin air bagi memastikan prestasi sistem sentiasa berada dalam keadaan yang optimum.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Selari dengan kemampuan membangunkan kenderaan sel bahan api hidrogen, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Ekhwan berkata Institut Sel Fuel UKM juga telah diiktiraf sebagai Ketua Program Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) dalam katogeri Pengangkutan dan Mobiliti oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pelancaran kenderaan sel bahan api hidrogen ini merupakan tanda sokongan dan komitmen UKM terhadap Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030 Malaysia untuk mencapai pengurangan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45 peratus menjelang 2030 dan menjadi negara neutral karbon seawal tahun 2050.

Tambahnya, hal ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah matlamat SDG ke-7, akses kepada tenaga yang mampu dimiliki dan bersih.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply