ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor catat peningkatan jualan pada suku pertama 2022

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor terus mencatatkan pertumbuhan positif pada bulan Mac dengan jumlah jualan 8,386 unit model Toyota dan 101 unit Lexus. Jualan suku pertama secara keseluruhan berjumlah 22,447 unit.

Berbanding dengan bulan Februari yang mencatatkan jumlah jualan 6,432 unit, bulan Mac merekodkan jumlah jualan sebanyak 8,487 unit. Jualan Lexus meningkat kepada 101 unit pada bulan Mac berbanding hanya 66 unit dalam bulan sebelumnya.

Toyota pula menjual 8,386 unit berbanding 6,366 unit pada bulan Februari. Ini secara tidak langsung menyaksikan peningkatan sebanyak 32 peratus unit yang terjual.

Pelbagai promosi telah dijalankan pada bulan Mac, ini termasuklah faedah nilai tambahan bernilai RM4,000 untuk dua model terlaris Toyota, iaitu Vios dan Yaris.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Untuk merancakkan lagi jualan, Toyota bakal memperkenalkan beberapa produk baharu dalam tahun ini selain menawarkan ciri keselamatan terbaik dan prestasi yang dipertingkatkan.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K., pihaknya sentiasa menilai dan menyesuaikan diri dengan keadaan serta ketidakpastian yang sentiasa berubah-ubah disebabkan kekurangan bekalan komponen.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal, UMW Toyota Motor melancarkan peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya‘ bermula sekarang sehingga 1 Mei 2022.

Sambutan yang bertemakan ‘Bersama Lebih Bermakna’ ini memberi peluang kepada para peminat jenama tersebut untuk mengunjungi mana-mana bilik pameran Toyota dan memandu uji mana-mana model untuk mendapatkan ‘duit raya’.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Pemenang peraduan ini bakal memenangi ‘duit raya’ bernilai RM200. Seramai 30 pemenang akan dipilih untuk menerima ‘duit raya’ setiap minggu.

Selain itu, Toyota akan meneruskan kempen ‘Bersama Lebih Bermakna’ pada 16 dan 17 April disemua outlet Toyota seluruh negara. Para pelanggan bakal menikmati tawaran hebat ‘bulan puasa’ di saping tawaran nilai tambah yang lain.

Mereka juga berpeluang untuk menerima hadiah eksklusif (sementara stok masih ada) apabila memandu uji mana-mana model Toyota selain menyertai aktiviti yang disediakan di bilik pameran.

Dalam masa yang sama, UMW Toyota Motor telah merasmikan pembukaan pusat 3S terbaharunya di Cyberjaya yang dikendalikan oleh Otomobil Sejahtera Sdn Bhd. Pusat 3S ini memiliki fasiliti yang merangkumi jualan, servis dan juga alat ganti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply