ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor lancar Camry facelift 2022, harga bermula dari RM199,109

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor malam ini melancarkan Toyota Camry facelift 2022 hari ini, yang menjanjikan peningkatan prestasi, tahap keselamatan yang lebih tinggi, rekaan dalaman serba mewah, serta penampilan sport unik dan anggun.

Tempahan untuk model sedan yang dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) mula dibuka hari ini (17 Februari 2022). Ia dijana oleh enjin Dynamic Force 2.5 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan direct shift.

Ia juga dilengkapi dengan paddle shift dan tiga mod pemanduan iaitu ECO, Normal dan Sport. Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K., pihaknya yakin Camry 2022 akan menjadi penanda aras piawaian baharu
dalam aspek keselesaan, kemewahan dan prestasi.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Camry 2022 dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini yang dinaik taraf termasuklah Toyota Safety Sense (TSS) dengan Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dan Kawalan Jelajah Radar Dinamik yang lebih peka, Sistem Pengekalan Lorong, Bantuan Penjejak Lorong (LTA) dan juga Pemantauan Titik Buta (BSM) dengan Amaran Brek Lintasan Belakang Automatik (RCTAB).

Model ini juga dilengkapi dengan dengan ciri-ciri serba baharu seperti Sonar Penjarakan Pintar Baharu
dan Skrin Pandangan Panorama. Paparan unit infohibur Camry 2022  bersaiz 9-incinya pula serasi dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, selain sistem pembesar suara JBL dengan subwoofer.

Bagi memberikan lebih keselesaan, buat julung kalinya dalam segmen Camry, penumpang belakang boleh menyendengkan kerusi mereka, melaraskan sistem pendingin udara tiga zon dan tabir suria dengan mudah dan juga mengawal sistem audio dengan sentuhan satu butang pada panel kawalan di bahagian tengah.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Dari segi luaran, Camry 2022 menampilkan lampu hadapan Bi-LED dengan lampu siang LED (DRL) serta rim aloi 18-inci rekaan baharu. Ia turut dilengkapi dengan lampu depan automatik dilengkapi dengan fungsi Follow-Me-Home.

Bagi memastikan pemandu boleh melihat dengan jelas, paparan unit infohibur 9-inci ditempatkan
pada paras lebih tinggi, iaitu di atas saluran pendingin hawa.

Lima pilihan warna yang menarik ditawarkan untuk model ini, antaranya Graphite Metallic, Silver Metallic, Red Mica dan juga dua warna unik iaitu Platinum White Pearl dan Burning Black dengan kos tambahan RM800.

Setiap pembelian Camry 2022 ditawarkan dengan waranti 5 tahun komprehensif tanpa had perbatuan. Harga yang ditawarkan harga bermula dari RM199,109.50 (tanpa cukai jualan dan insuran).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply