ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota terus kekalkan momentum jualan

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,442 unit model Toyota, manakala Lexus pula merekodkan sebanyak 137 unit pada bulan Mei. Setakat Mei 2022, jumlah jualan keseluruhan jenama Toyota dan Lexus adalah sebanyak 36,972 unit.

Pada bulan April, jualan keseluruhan adalah sebanyak 6,946 unit (Toyota dan Lexus) berbanding dengan 7,579 unit (Toyota dan Lexus) yang didaftarkan pada bulan Mei tahun yang sama.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

UMW Toyota juga hampir mengekalkan angka dan pendaftaran dengan hanya sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan bulan semasa bersama bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Jumlah jualan bagi tahun 2022 setakat Mei 2022 adalah 36,972 unit (Toyota dan Lexus), berbanding hanya 34,026 unit (Toyota dan Lexus) dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Ia menunjukkan peningkatan 9 peratus (Toyota dan Lexus) jika dibandingkan dengan tahun 2021.

Ramalan menjangkakan kelembapan jualan kenderaan di Malaysia akan berterusan sepanjang tahun berikutan isu kekurangan bekalan cip semikonduktor, sekali gus menyukarkan pemain industri untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Ini mungkin diburukkan lagi dengan kehadiran semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas Jun 2022. Walau bagaimanapun, sesetengah pihak mungkin ingin mengambil kesempatan daripada penetapan harga sebelum pelaksanaan semula SST dan ini akan membantu untuk meningkatkan jualan.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, pihaknya menunjukkan keyakinan yang berterusan terhadap produk dan keupayaan servis, disokong oleh teknologi automotif termaju dan selesa dengan ciri keselamatan semua produk keluaran mereka.

Untuk bulan Jun, UMW Toyota menawarkan faedah bernilai UMW Toyota buat peminat Yaris dan Vios. Bulan ini juga menyaksikan jualan pertengahan-tahun selain rebat tunai dan penjimatan cukai jualan. UMW Toyota menjangkakan peningkatan jualan dan kini sedang bersiap sedia untuk pelancaran produk akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply