Yang dirindui dah kembali! Ejen perisik Mat Bond baharu sahaja menghantar beberapa maklumat terkini mengenai model generasi kedua Perodua Axia (namakod D74A).
Seperti yang telah diketahui, model hatchback yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) itu akan mempunyai kembar di Indonesia, iaitu Daihatsu Ayla/Toyota Agya.
Menurut Mat Bond, ada ura-ura mengatakan Axia 2023 (D74A) mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV. Ini bermakna Axia 2023 (D74A) akan mempunyai susunan varian berbeza dan lebih satu varian berbanding model semasa – Axia GXtra, Axia Style dan Axia AV.
Mat Bond berkata, reka bentuk akhir model hatchback ini juga telah dimuktamadkan dan dijangka akan memulakan ujian pemasangan (trial) tidak lama lagi.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Untuk pengetahuan semua, pembangunan projek Axia 2023 (D74A) diterajui oleh Perodua dengan kerjasama dari Daihatsu dan juga Toyota. Ini bermakna kembar Axia 2023 (D74A) akan berkongsi reka bentuk yang sama, dengan identiti wajah keluarga serta spesifikasi yang berbeza.
Apa yang menarik kata Mat Bond, Toyota Agya 2023 di Indonesia nanti bakal ditawarkan dengan pilihan varian GR. Info terbaharu dari portal permotoran di Indonesia, autofun.co.id memaklumkan, Agya dan Ayla 2023 akan dikuasakan oleh enjin aspirasi alami (NA) 1.2 liter WA-VE yang menjana 88 PS dan 113 Nm daya kilas.
Enjin yang akan digandingkan dengan transmisi D-CVT ini sebenarnya merupakan unit yang sama yang menjana Daihatsu Rocky dan Toyota Raize di Indonesia.
Dikatakan juga dimensi model ini adalah lebih besar dan telah selesai menjalani ujian kemalangan di Jepun. Axia 2023 (D74A) bakal menampilkan gaya reka bentuk serba baharu dengan DNA rekaan terkini Perodua.
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
Tambah Mat Bond, secara keseluruhan reka bentuk Axia 2023 (D74A) tidak terlalu ekstrem dan lebih cenderung ke arah ‘rekaan selamat’ (safe design). Ia bakal dilengkapi dengan lampu depan jenis LED dan rekaan lampu belakang jenis melintang.
Kata Mat Bond lagi, rekaan dalamannya dikatakan ‘lebih menarik’ dengan penggunaan meter jenis digital sepenuhnya dan paparan unit infohibur ‘rekaan terapung’ bersaiz besar. Namun, hanya ‘dua varian tertinggi sahaja’ akan dilengkapi dengan ciri tersebut.
Mengikut perancangan, model Axia 2023 (D74A) dijangka akan memasuki fasa pengeluaran massa pada akhir tahun ini dan pelancarannya akan dibuat pada suku pertama (Q1) tahun 2023.
Model ini mungkin ‘diperkenalkan lebih awal’ dari Daihatsu Ayla/Toyota Agya kerana kembarnya itu hanya akan mula memasuki fasa pengeluaran massa pada bulan Mac 2023.
Dalam perkembangan lain, Mat Bond berkata namakod untuk model SUV terbaharu Perodua (2023) adalah D66B. Kembar kepada Toyota Hyryder (namakod D22), iaitu Maruti YFG sedang ‘rancak’ diuji di India dan dijangka dilancarkan pada 1 Julai 2022.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theophilus Chin
Perodua X-Concept
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t
KOMEN TERKINI