ARKIB

KATEGORI

Buletin

Unit pertama trak Quester Euro 5 dan Croner CKD mula dikeluarkan di kilang Segambut

Berita Tempatan

Views

UD Trucks dan pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) baru-baru ini telah mengeluarkan unit-unit terawal model pemasangan tempatan (CKD) rangkaian trak Euro 5, iaitu UD Quester dan UD Croner.

Aktiviti pemasangan tempatan itu dijalankan di kilang Segambut oleh pihak Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA). Rangkaian trak Euro 5 UD Trucks telah pun dilancarkan pada suku keempat tahun lalu.

Ia menampilkan enjin Euro 5 yang dilengkapi teknologi Selective Catalytic Reduction (SCR) UD Trucks yang mampu meningkatkan aspek perlindungan alam sekitar dan penjimatan bahan api dengan signifikan.

Dengan teknologi ini, nitrogen oksida kini kurang lebih 60 peratus dan emisi partikel berkurang sebanyak 80 peratus berbanding tahap Euro 3. Bukan itu sahaja, enjin Euro 5 juga lebih jimat minyak dan rendah emisi CO² berbanding trak Euro 3 yang sama.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

AdBlue, satu bendalir ekzos diesel yang selamat untuk digunakan pada kenderaan dengan teknologi SCR dan berfungsi mengurangkan gas-gas berbahaya dilepaskan ke atmosfera boleh diperolehi di semua 26 cawangan dan pengedar TCIE di seluruh Malaysia.

UD Trucks bersama TCIE merupakan jenama Jepun pertama yang melancarkan dan memasang trak tugas berat dan sederhana Euro 5, melebihi piawaian Euro 4 yang akan berkuat-kuasa mulai 1 April 2024 di Malaysia.

Pengarah Urusan Hub Malaysia UD Trucks, Steve Hedouin berkata, UD Trucks komited untuk terus menawarkan teknologi kawalan emisi terbaik demi memberikan kecekapan operasi dan alam sekitar yang lebih bersih.

Beliau yakin yang kedua-dua model ini  akan memberi kemapanan terhadap proses dan operasi logistik pelanggan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Pegawai Operasi TCIE, Say Teck Ming berkata, pihaknya telah memasang trak tugas berat Quester dan tugas sederhana Croner sejak tahun 2016 dan 2018.

Menurut syarikat, pengeluaran CKD di kemudahan TCMA melibatkan aspek pemasangan kabin, kemasan, chasis dan pemeriksaan akhir trak berkenaan.

Pemasangan di TCMA disokong oleh pasukan pengilangan UD Trucks International melibatkan aspek proses dan peralatan bagi persediaan pemasangan, latihan pekerja operator di saluran pemasangan, kawalan kualiti dan pemeriksaan bagi memastikan kelancaran serta hasil yang baik di setiap peringkat.

Syarikat juga memberitahu bahawa buat masa sekarang mereka telah menerima sejumlah tempahan daripada beberapa pelanggan logistik utama dan pengeluaran CKD sedia ada akan memenuhi permintaan tersebut. Unit pengeluaran akan ditingkatkan selari dengan permintaan baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply